Terjemahan Al-Quran

Thursday, February 3, 2011

Panas Dari Cairo..!! PAS Cuba Hasut Pelajar Pelajar Malaysia Jangan Naik Penerbangan Ke Jeddah..??





Angkara siapa..??

Untuk dikongsi bersama, tatkala delegasi sukarelawan bersama blogger dan rakan rakan media sedang bertungkus lumus mahu segera selesaikan proses membawa keluar pelajar pelajar Malaysia untuk diterbangkan ke Jeddah selepas itu akan dibawa pulang ketanahair, tersebar pula berita menerusi sms palsu... "jangan naik pesawat ke Jeddah, sebab dari Jeddah nak balik ke Msia kamu kena tanggung sendiri tambangnya.."

Waduuhh..!!! Kami sudahlah keletihan mengharungi 11 jam penerbangan,.. sebaik sahaja mendarat di Cairo International Airport terus bertugas membantu anak anak kelahiran Malaysia, tiba tiba ada pula pihak tidak bertanggungjawab cuba menggagalkan usaha murni yang diarahkan oleh YAB Perdana Menteri kita!


Berulang kali pihak delegasi seperti Dato Seri Khir Johari, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia Dato Azeez dan Timbalan Menteri Luar, Kohilan Pillay terpaksa yakinkan pelajar pelajar kita bahawa semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuklah bayaran airport tax....

Tujuan sebenar mereka perlu dibawa ke Jeddah sebagai transit untuk mendapat rehat yang secukupnya, mendapat sajian makanan yang berzat, kerana sudah hampir seminggu keadaan mereka tidak terurus, maklumlah melalui kesukaran dalam situasi darurat...

Sumbangan murni pihak Lembaga Urusan Tabung Haji menyediakan tempat persinggahan di Madinatul Hijjaz Jeddah, harus kita sanjung tinggi.., malah CEO LUTH, Datuk Ismee Ismail turut sertai delegasi ini.

Marilah kita sama sama memanjatkan doa kehadrat Allah swt agar semuanya akan berjalan dengan lancar. Kita mahu pastikan kesemua pelajar pelajar anak Malaysia berjaya di bawa keluar sebelum waktu solat Jumaat kerana petang nanti dijadualkan kumpulan Anti Hosni Mubarak mengadakan Demonstrasi besar besaran dikhuatiri keadaan akan bertambah buruk..!

Sehingga saat laporan ini disediakan, proses membawa pelajar pelajar Malaysia keluar sedang berjalan dengan baik. Sekali lagi Blogmaster Medan Info Kita mohon sahabat sahabat blogger maklumkan kepada ibu bapa pelajar pelajar yang berada ditanahair agar bersabar dan jangan mempercayai fitnah PAS kerana sudah ada pelajar pelajar yang enggan keluar dari tempat tinggal mereka bimbang nanti tidak punyai wang untuk terbang pulang dari Jeddah...



Hemmm , Lion nak tergelak pun ado baca artikel ni, dengan gelagat2 puak2 PAS FOR ALL nih..memang padan la dengan yang artikel yang Lion Repost sebelum ni.." Kera di hutan disusukan" ni lah jadi yo..apa-apa pun kita di sini sebenarnya mendoakan keselamatan semua penduduk Malaysia tak kiro lah apa fahaman politik mereka sebenarnya..tapi...maaleh Lion nak cakap banyak nak pergi meeting ni..."Luuuuu pikirrr la sendiri " Assalammualaikumm



Sumber : Blog disini

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...