Terjemahan Al-Quran

Sunday, November 13, 2011

Thursday, November 10, 2011

Saturday, July 9, 2011

BERSIH 2.0 GAGAL???

Rata-rata pemerhati menyifatkan perancangan BERSIH untuk menimbulkan impak seperti tahun 2007 telah menemui jalan buntu dan berakhir dengan kegagalan.

Dato Ambiga Sreenevasan, pengerusi BERSIH terpaksa mengaku kalah dan tidak berjaya sampai ke Stadium Merdeka sepertimana yang dihajatinya.

Beliau ditahan polis di KL Sentral semasa bersama para penyokongnya berusaha merempuh benteng polis pukul 2.20 petang tadi.

"Ambiga tidak dapat apa-apa hari ini, kecuali kena semburan gas pemedih mata dan ditahan polis", kata pemerhati di KL Sentral

Datuk Seri Anwar Ibrahim pula lebih banyak berkurung di KL Hilton.

Ketika sidang media BERSIH di Hotel KL Hilton 3.30 tadi, Anwar tidak hadir, sebaliknya anaknya, Nurul Izzah Anwar dan peguam setianya, N Surendran hadir memberikan kenyataan.

Manakala PAS pula diwakili Dr Syed Azman mewakili pihak PAS.

Dalam sidang media itu, ketiga-tiga pemimpin itu tidak bercakap berkenaan pilihanraya, sebagaimana matlamat asal penganjurannya, sebaliknya dijadikan medan untuk mengutuk pihak polis kononnya polis bertindak kejam yang menyebabkan kecederaan kepada Anwar Ibrahim.

Mereka turut memperbesar-besarkan cerita Anwar cedera yang kini kata mereka Ketua Umum PKR itu telah dihantar ke Hospital Pantai.

Menurut blog The Unspinners, Anwar tidak cedera seperti mana yang diwar-warkan, tetapi mastermind BERSIH itu berlakon sakit untuk dihantar ke Hospital Pantai.

Ramai yang berpendapat memperbesar-besarkan berita kecederaan Anwar semata-mata untuk menutup kegagalan demo BERSIH.

Ada di kalangan pemerhati bertanya, penyembur air FRU boleh menyebabkan Anwar cedera kah ?

"Anwar tidak ikut berarak seperti dikatakan. Dia lari masuk balik ke hotel Hilton.

"Polis dah tunggu dan tangkap di luar Hilton. Semasa tangkapan itu, Anwar tak cedera tapi dikatakan cedera oleh Spin Master. Yang nampak dalam gambar berikut adalah sedikit semburan pada bodyguard dia.

"Tapi kaki penipu dan auta ni berlakun sakit dan di hantar ke Hospital Pantai pakai Ambulan. Ini mesti nak dapatkan MC untuk lari dari bicara Julai 13hb", lapor The Unspinners. Klik di sini

Sementara itu, peserta-peserta demo BERSIH yang ditahan polis tadi telah di tempatkan di Pusat tahanan sementara yang dipercayai bertempat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.

kesemua mereka yang ditahan diambil keterangan oleh pegawai dan anggota yang bertugas dalam keadaan tenang dan selesa.

Mereka turut disediakan juadah di bawah khemah yang disediakan.


Sumber : AIDC
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TERKINI : TAKTIK ANWAR UNTUK MENYELAMATKAN KELUARGANYA DARIPADA DITANGKAP


Nampaknya Anwar telah merancang segala-galanya sebelum perhimpunan Bersih. Lakonannya tercedera telah berjaya menyelamatkan dirinya dan juga keluarganya daripada ditangkap oleh pihak polis. Macam haram jadah..baru kena sikit bom asap dan teruk sangat...kalau nak publisiti daripada media asing pun jangan la sampai teruk mcm ni...buat malu je orang Malaysia.

Cuba tengok video dibawah ni..agak-agak lah sikit kalau nak tuduh polis buat pun..siapa yang rempuh siapa? Kan polis dah bagi warning jangan berhimpun tapi degil...sekarang siapa yang susah..tengok majoriti orang Cina dan India. 

Mereka semua sedap-sedap duduk di rumah tengok TV..yang bodoh orang Melayu PAS/PKR datang berarak nak bagi kuasa pada DAP...bodoh betul... Lepas ni mamat yang patah kaki ni boleh la minta pingat Datuk daripada Anwar Ibrahim sekiranya dia jadi Perdana Menteri..hahahaha
 
 
 

PEJUANG REVOLUSI 1957: ~ LiVe BERSIH : AnWAR ParaH Masuk IcU ???

PEJUANG REVOLUSI 1957: ~ LiVe BERSIH : AnWAR ParaH Masuk IcU ???: "nazak sangat dh nie terpanas blog RT klik sini"

Bukti SMS LGE Larang Cina Sertai BERSIH Sudah Ditemui - Sebarkan Sahabat2 Sekelian Dengan Segera !!!



 



Baca dan tolong sebarkan demi agama bangsa & negara kita !!!

Friday, July 8, 2011

Media Asing berlumba-lumba burukan Malaysia kerana BERSIH 2.0

Beberapa portal berita dari luar negeri yang melaporkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini. Dan kebanyakan intipati laporannya tidak menyenangkan hati kita sebagai rakyat Malaysia.
 :-






Di antaranya, agak mengecewakan, laporan guardian.co.uk (di bawah) yang menyamakan perhimpunan BERSIH 2.0 dengan bencana berdarah yang berlaku di negara Arab baru-baru ini.



Bagaimana pun, Bussiness Times telah menulis berita yang positif. Mereka melaporkan bahawa pasaran saham Malaysia meningkat minggu ini walau pun negara kecoh dengan isu perhimpunan haram Beersih 2.0. Dalam tempoh 2 minggu ini, pasaran meningkat 1.7% ke tahap yang paling tinggi iaitu 1,591 mata!

Sila baca :-

THE Malaysian stock market has been charting new highs this week, notwithstanding softer economic data and a rising political temperature which has resulted in the arrest of more than 100 people.


In the past two weeks, the market has moved up steadily and gained 1.7 per cent to a new record of 1,591 points.

Although the increase is not large, the benchmark FBM KLCI's general uptrend is all the more surprising given that markets do not like uncertainties and a planned rally scheduled for tomorrow had been expected to spook investors.
Apa pun, hari ini akan menjadi satu lagi sejarah untuk negara Malaysia. Dunia tertumpu kepada negara Asia Tenggara yang bernama Malaysia.


Sejujurnya Lion tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku pada hari ini, bermacam-macam perkara yang buruk terlintas difikiran..semoga semuanya hanya diminda semata-mata dan tidak akan menjadi realiti.


Marilah kita sama-sama berdoa Semoga Malaysia akan terus aman dan semoga Allah Selamatkan dan lindungi Malaysia daripada anasir-anasir yang akan menyesatkan dan merosakan..Juga semoga DIA terus melimpahkan kurnianya ke atas bumi Malaysia yang dicintai ini..amin..yarabil alamin


" Untuk Bersatu umat Islam mesti kembali kepada YANG SATU (ALLAH). Hanya disitu kita akan bertemu dengan tujuan dan jalan yang tepat dan jelas ke arah PERPADUAN."-Solusi
Sumber : Blog MiM

Saturday, July 2, 2011

Gempar!!! Dialog peserta Bersih 2.0 dengan polis

Dialog peserta Bersih 2.0 dengan pihak polis di suatu sekatan jalan raya.


S: Saya berasal dari Pulau Pinang dan saya dalam perjalanan untuk ke perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur. Tiba-tiba, saya ditahan di sebuah sekatan polis dan diarahkan untuk berpatah balik ke rumah. Apakah yang patut saya buat?


J: Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan menjamin setiap warganegara bebas untuk bergerak ke mana-mana di dalam Malaysia. Oleh itu, saudara boleh meniru dialog berikut:


Sdra: Saya ingin teruskan perjalanan saya ke Kuala Lumpur.


Polis: Apa tujuan kamu ke sana?


Sdra: Saya ingin melawat kawan/ Saya ingin hadiri kenduri/ Saya ingin shopping (pilih mana-mana jawapan, tetapi jangan nyatakan saudara ingin berdemo)


Polis: Tidak boleh. Saya arahkan kamu berpatah balik.


Sdra: Saya berada di Malaysia dan saya sebagai warganegara bebas ke mana-mana dalam Malaysia. Tuan tiada hak untuk arahkan saya pulang. Jika tuan ingin tahan saya, sila bawa saya ke balai polis.


Polis: Errmm. Ok, saya tahan kamu dan bawa ke balai polis.


Sdra: Sebelum tuan bawa saya ke balai polis, saya mahu dapatkan nama penuh, no. badan dan alamat tempat kerja tuan. Saya juga ingin tahu atas alasan apa saya ditahan. Saya akan arahkan peguam saya untuk saman tuan, pegawai tuan dan Kerajaan Malaysia kerana menahan saya secara salah dan melanggar hak asasi saya.


(sila catatkan nama penuh polis itu, no. badan dan alamatnya dan serahkan kepada peguam Bersih-0163126463/0163126473/014-6451753/012-3928379 untuk proses saman. Sila catat apa-apa alasan yang diberikan untuk menahan saudara. Sila maklumkan ahli keluarga bahawa saudara dibawa ke balai dan sila saudara hubungi peguam atau minta ahli keluarga hubungi peguam. Sila catatkan tarikh, hari dan masa ditahan. Juga, catatkan tempoh anda ditahan). Setelah saudara dibebaskan, saudara perlu segera membuat laporan polis. Saudara boleh guna format berikut untuk laporan polis.


Contoh laporan polis jika saudara ditahan:
Pada ................... hari ............... jam ........... hingga jam ................., saya ditahan oleh anggota polis bernama ................. no. badan ............... (masukkan semua nama pegawai penangkap) di ......................... Pegawai polis tersebut enggan membenarkan saya untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan/tanpa alasan yang munasabah/pegawai tersebut tidak menyatakan sebarang alasan saya ditahan (pilih yang mana berkaitan). Saya buat laporan ini supaya tindakan undang-undang diambil ke atas pegawai terlibat kerana telah melanggar hak asasi saya untuk bergerak bebas.

Kodomo : Perghh!! Siap ajar macam mana nak menghadapi polis lagi...dasyat..dasyat...Lion nak menyeru semua tolonglah jangan sertai perhimpunan Bersih 2.0 ni..takutlah akan azab Allah..mentaati pemimpim samalah dengan mentaati ALLAH..

Antara Hadith2 Larangan menentang kerajaan..


Dari sisi rakyat yang dipimpin, para ulil amri atau pemimpin kaum muslimin mempunyai hak:
Pertama, mendengar dan menaati dalam kebaikan


Hal ini merupakan hak pemimpin sekaligus kewajiban rakyat. Menaati pemimpin merupakan salah satu prinsip Ahlus Sunnah wal Jama'ah yang ditopang oleh dalil-dalil dari al-Qur`an dan sunnah.


1- "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya, dan ulil amri di antara kamu. kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (An-Nisa`: 59).


Ibnu Taimiyah berkata, "Taat kepada Allah dan RasulNya adalah kewajiban atas siapa pun, taat kepada ulil amri juga kewajiban, karena Allah Ta'ala memerintahkan agar mereka ditaati, barangsiapa menaati Allah dan RasulNya dengan menaati ulil amri maka pahalanya dijamin oleh Allah." (Majmu' al-Fatawa 15/16).


2- "Barangsiapa menaatiku maka dia menaati Allah, barangsiapa mendurhakaiku maka dia mendurhakai Allah, barangsiapa menaati pemimpin yang aku tunjuk maka dia telah menaatiku, barangsiapa mendurhakainya maka dia mendurhakaiku." Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. 7137 dan Muslim no. 1853 dari Abu Hurairah.


3- "Seandainya kalian dipimpin oleh seorang budak yang memimpin kalian dengan kitab Allah maka dengarkanlah dan taatilah." Diriwayatkan oleh Muslim no.1838.


4- "Akan muncul sesudahku para pemimpin, mereka tidak mengambil petunjukku, tidak mengikuti sunnahku, di antara mereka akan bangkit kaum laki-laki, hati mereka adalah hati setan dalam jasad manusia." Hudzaefah berkata, "Apa yang aku lakukan ya Rasulullah saw?" Beliau menjawab, "Dengarkan dan taatilah pemimpin, sekalipun punggungmu dicambuk dan hartamu dirampas, dengarkan dan taatilah." Diriwayatkan oleh Muslim 1847/52.


Hadits-hadits dalam bab ini berjumlah besar, siapa yang ingin menambah dengan mudah maka silakan merujuk Shahih Muslim Kitab al-Imarah.


Ibnu Rajab al-Hanbali berkata, "Mendengarkan dan menaati ulil amri kaum muslimin mengandung kebahagiaan di dunia, dengannya kemaslahatan hamba dalam kehidupan bisa terwujud, dengannya kaum muslimin mampu memperlihatkan agama mereka dan menaati Rabb mereka." (Jami'ul Ulum wal Hikam 2/117).


Ibnu Taimiyah berkata, "Banyak hadits yang diriwayatkan dari Rasulullah saw di bidang ini, di mana beliau memerintahkan kaum muslimin untuk menaati ulil amri dalam perkara yang bukan merupakan kemaksiatan, menasiihati mereka, bersabar dalam menerima hukum dan pembagiannya, berjihad bersamanya, shalat di belakangnya dan lain-lainnya, karena mengikuti mereka membawa kebaikan yang tidak terwujud kecuali dengan mereka, karena hal itu termasuk ke dalam bertolong menolong dalam kebaikan dan takwa." (Majmu' al-Fatawa, 35/20).


2- Tidak Memberontak
Imam ath-Thahawi berkata "Kami tidak membolehkan memberontak terhadap para pemimpin kami dan ulil amri kami sekalipun mereka berbuat zhalim, kami tidak berdoa atas mereka, tidak menarik tangan ketaatan, kami yakin menaati mereka merupakan bagian dari menaati Allah dan ia adalah kewajiban selama mereka tidak memerintahkan kepada kemaksiatan, kami mendoakan mereka dengan kebaikan dan keselamata." (Al-Aqidah ath-Thahawiyah hal 22).


Larangn memberontak dan menentang pemimpin ini tertera dalam banyak hadits Rasulullah saw, di antaranya adalah:
1- "Barangsiapa keluar dari ketaatan dan menyempal dari jamaah laludia mati, maka dia mati dengan cara mati jahiliyah." Diriwayatkan oleh Muslim no. 1848 dari Abu Hurairah. Yang dimaksud dengan mati jahiliyah adalah mati di atas sifat jahiliyah di mana mereka hidup tanpa pemimpin, bukan matu sebagai kafir, akan tetapi sebagai pendurhaka.


2- "Barangsiapa mendatangi kalian sementara perkara kalian telah satu di atas seseorang lalu dia hendak membelah tongkat kalian dan memecah belah persatuan kalian maka bunuhlah." Diriwayatkan oleh Muslim no. 1852 dari Arfajah.


3- "Kalian akan dipimpin oleh para pemimpin, kalian mengingkari perbuatan mereka dan mengakui perbuatan mereka, barangsiapa membenci maka dia telah bebas, barangsiapa mengingkari maka dia selamat, akan tetapi barangsiapa rela dan mengikuti." Mereka berkata, "Ya Rasulullah saw, mengapa kita tidak memerangi mereka?" Beliau menjawab, "Tidak, selama mereka shalat." Diriwayatkan oleh Muslim no. 1854 dari Ummu Salamah.


Hah Ibnu Hajar berkata, "Hadits ini mewajibkan taat kepada pemimpin di mana baiat telah diambil untuknya, larangan membangkangnya sekalipun tidak tidak adil dalam hukumnya, tidak boleh membatalkan baiat dengan alasan kefasikan pemimpin." (Fathul Bari 13/71).


Nasihat dengan Hikmah
Dari Tamim ad-Dari bahwa Nabi saw bersabda, "Agama adalah nasihat." Kami bertanya, "Untuk siapa ya Rasulullah saw?" Beliau menjawab, "Untuk Allah, kitabNya, RasulNya, para pemimpin kaum muslimin dan orang umum mereka." Diriwayatkan oleh Muslim no. 55.


Ibnu Rajab berkata, "Adapun nasihat kepada para pemimpin kaum muslimin, maka hal itu diwujudkan dengan menyintai kebaikan, keadilan dan kelurusan mereka, menyintai bersatunya kaum muslimin atas mereka, membenci perpecahan umat atas mereka, menaati mereka dan membenci siapa yang hendak memberontak mereka, mendukung mereka dalam ketaatan kepada Allah." (Jami'ul Ulum wal Hikam 1/222).


Syaikh Ibnu Sa'di berkata, "Adapun nasihat bagi para pemimpin kaum muslimin maka ia dengan meyakini kepemimpinan mereka, mengakui kekuasaan mereka, kewajiban mennati mereka dalam hal-hal yang baik, tidak memberontaha mereka, mendorong masuarakat untuk menaatinya, memegang perintah mereka selama tidak bertentangan dengan perintah Allah, memberikan nasihat kepada mereka sebatas kemampuan, menjelaskan apa yang samar bagi mereka yang mereka butuhkan dalam memimpin rakyat, masing-masing sesuai dengan kemampuannya, mendoakan mereka agar dilimpahi kebaikan dan tauafik, karena kebaikan mereka adalah kebaikan masyarakat, tidak mencaci maki mereka dan menciderai mereka serta membeber aib-aib mereka, karena hal itu mengandung keburukan, mudharat dan kerusakan yang besar." (Ar-Riyadh an-Nadhirah hal. 38-49).


"Ada tiga perkara di mana hati seorang muslim tidak dihinggapi dengki karenanya, mengikhlaskan amal karena Allah, memberi nasihat kepada para pemimpin kaum muslimin dan berpegang teguh bersama jamaah mereka, karena doa mereka meliputi orang-orang yang di belakang mereka." Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Jubair bin Muth'im, al-Albani dalam Shahih at-Targhib wa Tarhib no. 92, berkata, "Shahih lighairi."


Nasihat kepada para pemimpin hendaknya disampaikan secara rahasia antara pemberi nasihat dengan yang bersangkutan, dengan lemah lembut, hikmah dan nasihat yang baik serta cara yang sesuai. Membeber nasihat lebih-lebih kesalahan pemimpin di depan umum bukan merupakan nasihat, akan tetapi mempermalukan dan membuat masyarakat berani menentang dan memberontak.


Iyadh bin Ghanam berkata kepada Hisyam bin Hakim, "Apakah kamu tidak mendengar sabda Rasulullah saw, 'Barangsiapa hendak menasihati penguasa maka jangan menampakkannya secara terbuka, akan tetapi berdua dengannya, bila dia menerima, maka itulah yang diharapkan, bila tidak maka dia telah melaksanakan apa yang mesti dia laksanakan." Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Hakim, dishahihkan oleh al-Albani dalam Zhilal al-Jannah fi Takhrij as-Sunnah 2/521.


Usamah bin Zaid memberikan teladan dalam hal ini, saat orang-orang berkata kepadanya, "Mengapa engkau tidak datang kepada Usman untuk menasihatinya." Maka Usamah menjawab, "Sesungguhnya kalian melihat bahwa aku tidak berbicara kepadanya kecuali aku menyampaikannya kepada kalian, sesungguhnya aku berbicara kepadanya secara rahasia… Dalam riwayat Muslim, "Demi Allah, sesungguhnya aku telah berbicara kepadanya antara diriku dengan dirinya." …tanpa aku membuka sebuah pintu yang aku tidak ingin menjadi orang pertama yang membukanya." Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. 3267 dan Muslim no. 2989.
Hafizh Ibnu Hajar berkata, "Dalam hadits terdapat anjuran menghormati para pemimpin, beradab kepada mereka, menyampaikan apa yang diinginkan masyarakat kepada mereka, agar mereka bisa menyikapinya dengan baik, menyampaikan dengan baik di mana maksudnya tercapai tanpa menyakiti siapa pun." (Fathul Bari 13/53).


Imam an-Nawawi berkata, "Yakni mengingkari para umara secara terbuka di depan umum seperti yang terjadi para orang-orang yang membunuh Usman, hadits ini mengadung anjuran adab bersama para umara, bersikap lembut kepada mereka, menasihati mereka secara rahasia." (Syarah Shahih Muslim 18/329).


Syaikh Allamah Ibnu Baz berkata, "Bukan termasuk manhaj salaf membeber aib para pemimpin di depan publik dan menyinggungnya di mimbar-mibar, karena hal itu menyebabkan pemberontakan, membuat mereka tidak didengarkan dan ditaati dalam kebaikan, membawa kepada pembangkangan yang merugikan." (Risalah Huquq qr-Ra'i war Raiyyah hal. 27). Wallahu a'lam.

Friday, July 1, 2011

ISLAM LARANG KERAS PERHIMPUNAN HARAM, SEGERALAH BERTAUBAT

KUALA LUMPUR – Umat Islam yang ingin menyertai perhimpunan haram 9 Julai ini dinasihati segera bertaubat kerana perhimpunan itu ditegah oleh Islam disebabkan ia hanya akan membawa kerosakan, kata ahli akademik Islam.
Dr Fadlan Mohd Othman, Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata bahawa daripada kaca mata Islam, tidak ada sebarang dalil daripada Al-Quran yang membenarkan perhimpunan sebegitu dilakukan.
"Saranan kita kepada orang Islam yang sudah mendengar amaran daripada polis tapi masih lagi berniat nak pergi, batalkan niat berkenaan kerana risikonya untuk membawa kepada kefasadan dan kerosakan adalah besar.
"Mengikut kaedah Feqah, sebarang jalan walaupun niatnya baik tetapi jika ia mempunyai kecenderungan untuk membawa kerosakan, maka jalan itu hendaklah ditutup," katanya.
Fadlan berkata kenyataan Polis Diraja Malaysia bahawa perhimpunan sebegitu akan mendatangkan kemudaratan harus diambil kira.
"Apa yang disebut oleh polis merupakan satu benda yang telah diperhatikan dan kerosakan itu dapat kita lihat dalam demonstrasi haram yang pernah dijalankan sebelum ini," katanya.
Beliau menggesa pihak penganjur dan peserta perhimpunan itu agar turut mengambil kira hak dan keselamatan orang awam yang tidak mahu terlibat.
Ahmad Fauzan Yahaya, Ketua Jabatan Pusat Pengajian Islam, Kolej Islam Antarabangsa, berkata umat Islam yang berniat menyertai perhimpunan itu perlu melakukan timbang tara terlebih dahulu.
Katanya sebagai umat Islam, mereka perlulah melihat sesuatu perkara yang lebih membawa kebaikan, sebaliknya jika keburukan melebihi segala-galanya termasuk bencana yang akan timbul daripada perhimpunan ini, mereka perlu menghindarinya.
"Kalau dilihat daripada segi aspek perhimpunan ini, tak ada permit, berkumpul di jalan raya, provokasi dan memaki hamun, maka kebaikan itu lebih sikit daripada keburukan.
"Kita tak boleh bayangkan macam mana jika ada provokator dalamnya. Dulu sewaktu Bersih 1.0, bayangkan ada golongan Syiah sekali angkat bendera PAS dan gambar pemimpin Syiah Ayatollah Khomeini, sedangkan gerakan Syiah diharamkan di dalam Malaysia," katanya.
Ahmad Fauzan berkata beliau hairan kenapa penganjur perhimpunan yang semakin terang didalangi parti-parti politik mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus.
"Bila mereka menang, mereka kata itulah pertolongan Tuhan, bila kalah mereka tak kata pengajaran dari Tuhan, tidak pula mereka rasa perlu muhasabah diri sendiri kerana mereka harus sedar dalam kerajaan semuanya milik Allah. Allah berhak memberi dan mengambil kuasa daripada dan kepada sesiapa yang Dia mahu," katanya.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia turut menasihati mereka yang ingin menyertai perhimpunan haram itu agar membatalkan niat mereka.
Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata Malaysia yang mempunyai ekonomi teguh sedang menuju ke arah yang lebik baik, jika perkara yang boleh menyekat atau merosakkan negara, maka perhimpunan itu tidak harus diteruskan. – BERNAMA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, May 17, 2011

Insaflah dengan sebenar-benar insaf wahai Bob Lokman

Baru-baru ini telah diadakan satu ceramah Pas yang bertempat di Taman Desa, Pengkalan Pegoh, Lahat, Perak 

Penceramahnya terdiri daripada anak-anak seni yang dikatakan telah menemui Hidayah serta keredhaan Allah SWT dan kembali ke pangkal jalan.

Alhamdulillah kita bersyukur mendengar khabar diatas tetapi yang tak sedap didengarnya apabila pengisian ceramah penuh dengan kemarahan dan hamburan tuduhan keatas pemerintah dan kerajaan dipersalahkan diatas segala benda yang berlaku keatas kehidupan beliau sebelum penghijrahan. Sehinggakan masalah beliau dengan anak pun diletakkan kesalahan atas sistem pembelajaran yang diperkenalkan oleh kerajaan. 

Adakah si Bob Lokman ni belum diajar oleh 'Tuan Guru' beliau tentang Qada dan Qadar Allah???
segala apa yang telah terjadi segalanya adalah ketentuan Allah.
Mengapa perlu dipersalahkan orang sekeliling sedangkan Allah telah memberi akal dan fikiran untuk kita berfikir dengan logik dengan fikiran yang waras.

Kita yang memilih jalan hidup kita, bagaimana kita nak jadi..
kenapa perlu salahkan orang lain..Nauzubillah...

 Kita perlu redha dengan perjalanan yang Allah tentukan untuk kita disamping berusaha untuk mendapatkan hidayah dan keredhaan Illahi - untuk memperbaiki keadaan kita. Bukan nya mengherdek dan mempersalahkan kerajaan dan orang sekeliling kita untuk apa saja yang kita 'rasa' tidak adil buat diri kita... Cari lah keredhaan yang sebenar dan baru naik pentas dan bercerita pengalaman kamu wahai Bob Lokman... naik meloya dengar ceramah kamu...berceramah lah secara ikhlas.. 

marilah kita renung-renungkan sebagai pengajaran bersama

“Siapa yang tidak berterimakasih kepada manusia, bererti tidak berterimakasih kepada Allah” (HR Abu Daud)
wallhualam.....



 

   >> ANAK BAGAN DATOH ONLINE

Saksikan filem yang bakal memenangi ANUgerah akademi awards!!! ~ Anak Bagan Datoh Online

Saksikan filem yang bakal memenangi ANUgerah akademi awards!!! ~ Anak Bagan Datoh Online

Gempar!!! Hantu Kak Limah mengamuk di Mahkamah ~ Anak Bagan Datoh Online

Gempar!!! Hantu Kak Limah mengamuk di Mahkamah ~ Anak Bagan Datoh Online

Monday, May 16, 2011

Ummi Hafilda ganyang Nik Aziz di Kelantan


Ummi Hafilda bercerita mengenai sambutan hebat yang beliau terima semasa berceramh di kawasan PAS dalam negeri Kelantan.

Sunday, May 15, 2011

Umi Hafilda haramjadahkan Anwar & Wan Azizah dalam Kapal Terbang!!!


Dalam sesi  ceramah jelajah Perak Anjuran Wanita UMNO Malaysia di Bagan Datoh semalam Umi Hafilda telah membuat pendedahan yang beliau ada terserempak dengan Anwar dan Wan Azizah dalam penerbangan balik dari Kuching ke Kuala Lumpur..Ikuti pendedahan beliau.

Anak Bagan Datoh: "PRU 13 Merupakan Pilihanraya Terakhir".-Datuk Ham...

Anak Bagan Datoh: "PRU 13 Merupakan Pilihanraya Terakhir".-Datuk Ham...: "PRU 13 adalah merupakan pilihanraya yang terakhir sebagai penentuan samaada Melayu dan Islam akan terus memerintah Malaysia. Ini adalah ker..."

Tuesday, May 10, 2011

Rakyat menolak PKR???


Sebentar tadi Lion pergi ke kedai2 buku untuk mencari majalah kesayangan Lion Solusi edisi yang ke 31. agak sukar untuk mendapatkan majalah ni kerana setiap keluaran ianya bagaikan goreng pisang panas di sini. Lion singgah di  berapa kedai runcit dan kedai buku untuk mencari majalah tersebut. Tapi apa yang menarik perhatian Lion ialah lambakan surat khabar Suara Keadilan disetiap kedai-kedai runcit dan kedai-kedai buku yang Lion singgah...


Setahu Lion sebelum ini surat khabar 'Suara Keadilan' antara surat khabar yang laris jualannya..Persoalannya, adakah ini menunjukkan bahawa sokongan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin merosot??? apakah ianya berkaitan masalah moral pemimin parti berkenaan yang menyebabkan rakyat hilang sokongan terhadap parti ?? Adakah rakyat semakin membuka mata dan menolak PKR??

Sunday, April 17, 2011

Analisis SPR Bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10



Berikut adalah analisis mengenai jumlah kerusi dan undi yang diperoleh oleh parti serta
calon yang bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 yang diumumkan oleh
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
BN memenangi 55 kerusi dengan jumlah keseluruhan 372,379 undi.
DAP memenangi 12 kerusi dengan jumlah keseluruhan 134,847 undi.
Parti Keadilan Rakyat memenangi tiga kerusi dengan jumlah keseluruhan 117,100 undi.
Bebas memenangi satu kerusi dengan 41 calon yang bertanding atas tiket Bebas mendapat
jumlah keseluruhan 20,064 undi.
Sementara itu, tiga parti tidak memenangi sebarang kerusi namun jumlah keseluruhan undi
 yang dikumpul ialah SNAP 15,663 undi, PAS (9,719 undi) dan Parti Cinta Malaysia
 (2,895 undi).
Keputusan terakhir diterima ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus pada
11 malam.
Jumlah bilangan keluar mengundi 682,854 orang.
Peratus keluar mengundi 70 peratus.
Jumlah undi ditolak sebanyak 8,224 undi.
DUN mendapat undi majoriti tinggi ialah Bukit Assek iaitu 8,827 undi.
DUN mendapat undi majoriti paling rendah ialah Senadin iaitu 58 undi.
Jumlah calon yang hilang deposit kerana gagal mendapat satu per lapan daripada jumlah
undi keseluruhan ialah 71 calon.
– BERNAMA

Wednesday, April 6, 2011

KENAPA PULA AIB ANWAR IBRAHIM TIDAK BOLEH DIDEDAHKAN?

 

Hebohlah sekarang ini tentang Anwar Ibrahim dan video yang dimuatnaikkan oleh seseorang yang bergelar ThePowerMan di YouTube. Sekalipun terdapat cubaan daripada para penyokong untuk ‘menyembunyikan’ video tersebut dengan melakukan FLAG sekaligus menyebabkan pihak YouTube mengeluarkan video tersebut, namun kebanyakan blog kembali menyiarkan video yang sama berulang-ulang kali sekaligus mewujudkan impak yang lebih besar terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Maka dalam cubaan untuk membela Anwar Ibrahim, para penyokongnya mula menggunakan dalih-dalih agama dan ayat-ayat al Quran di samping hadis-hadis yang mereka rasakan amat bertepatan dengan apa yang sedang mereka usahakan.

Persoalan pokok yang mereka lakukan ialah, mengapa Anwar Ibrahim DIAIBKAN sebegitu rupa? Bukankah agama Islam melarang seseorang daripada diaibkan, bahkan umpatan juga tidak dibenarkan. Mereka berhujah tentang TIDAK BOLEH MENGUMPAT dan MEMBUKA AIB… sebaliknya pada masa yang sama, MENINGGALKAN SAMA SEKALI HUJAH tentang dibenarkan MENGUMPAT dan MEMBUKA AIB seseorang terutama sekali pemimpin.

Perkara utama yang perlu kita ketahui ialah, MENGUMPAT. Mengumpat bermaksud mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut.
Hukum asal kepada mengumpatlah adalah haram. Sebabnya dengan mengumpat, aib seseorang Muslim itu akan didedahkan kepad aorang ramai sedangkan Islam mewajibkan umat Islam untuk menyembunyikan aib seseorang.

Atas dasar inilah, para penyokong Anwar Ibrahim mencerca dan menghamun pihak yang telah mendedahkan video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim kerana bagi mereka tindakan pendedahan itu merupakan membuka aib Anwar Ibrahim.

Namun tahukah mereka, Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi  menerangkan  bahawa terdapat enam keadaan di mana UMPATAN DIBENARKAN oleh syarak.

(1)   Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti khalifah dan hakim atau pihak penguatkuasa undang-undang agar individu yang melakukan kezaliman itu berhenti daripada melakukan kezaliman.

(2)   Perbuatan mengumpat (membuat pendedahan) itu bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseoran gitu berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran, “Si Fulan melakukan kemungkaran, maka cegahlah dia daripada kemungkaran tersebut.” Namun hendaklah niat mengumpat atau membuat pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

(3)   Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalah kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya, “Bapa saya telah menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?”

(4)   Memberikan peringatan kepada kaum muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

(5)   Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka pada ketika itu, tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telah pun menzahirkan kejahatannya secara terang-terangan. Walau bagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan mungkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Ada pun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

(6)   Mengumpat dengan tujuan untuk mengenali seseorang. Apabila seseorang dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelaran yang merupakan aib itu atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebanaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib itu tidak berasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran itu dikenali ramai.

Maka bersandarkan kepada enam keadaan yang dibenarkan oleh syarak itu, maka kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin adalah dibenarkan syarak atas sebab-sebab berikut:

(1)   Kemungkaran yang dilaksanakan oleh pemimpin pada hari ini seandainya tidak didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat akan tertipu dengan zahir kebaikan mereka lantas mereka memilih pemimpin itu sebagai pemerintah. Namun apabila penyelewengan pemimpin itu didedahkan kepada masyarakat, maka ia akan mendorong orang ramai untuk menghindarkan pemimpin tersebut daripada dipilih dan digantikan dengan pemimpin lain yang amanah terhadap Islam dan rakyat.

Ini bermakna tindakan mendedahkan kesalahan pemimpin itu adalah kerana ingin mengelakkan masyarakat daripada ditimpa oleh kejahatan pemimin itu.

Sekiranya pada zaman Khalifah Islamiyyah seseorang boleh mendedahkan kepada khalifah tentang keburukan para menteri yang berada di bawahnya yang tidak amanah dengan harapan khalifah dapat menegur atau menggantikannya dengan menteri yang baru, maka kita pada hari ini sudah tentu boleh mendedahkan kepada rakyat kezaliman dan ulah pemimpin yang mungkar terhadap Allah dan rakyat kerana rakyat berkuasa untuk menjatuhkan pemimpin seperti ini dalam pilihanraya di bawah sistem demokrasi pada hari ini.

(2)   Kemungkaran yang dibuat oleh pemimpin pada hari ini kebanyakannya dibuat secara terang-terangan. Maka ketika itu, Islam tidak melarang mana-mana individu untuk mendedahkan kejahatan yang dilakukan secara zahir kepada rakyat dan orang awam.

Berdasarkan kata-kata Al-Imam Al-Ghazali, adalah jelas mendedahkan dan membuktikan serta mengumpat selain mendedahkan kezaliman pemimpin dibenarkan agar masyarakat terselamat daripada ulah pemimpin tersebut.

(3)   Mendedahkan kejahatan para pemimpin pada hari ini adalah atas sebab kita inign meminta bantuan masyarakat untuk mengeluarkan pemimpin tersebut dengan cara menjatuhkan mereka di dalam sistem demokrasi yang digariskan oleh Perlembagaan Malaysia.

Sebenarnya hujah-hujah di atas adalah hujah-hujah yang diutarakan sendiri oleh para pemimpin dan penyokong PAS dalam satu peristiwa apabila mereka cuba mempertahankan tindakan mengumpat para pemimpin kerajaan, khususnya Najib Abdul Razak dalam kes kematian Altantuya Shiiribu. Bagaimanapun, nampaknya hujah-hujah itu telah dilupakan dalam kes video lucah yang mengaitkan Anwar Ibrahim.
Dalam Islam, sebenarnya walaupun kita dibenarkan mendedahkan kepada masyarakat tentang kejahatan dan kezaliman para pemimpin, namun keharusan itu hendaklah atas dasar ingin mencegah kemungkaran atau kerosakan yang lebih besar membabitkan masyarakat.

Persoalan yang paling utama berlegar-legar tentang Anwar Ibrahim dan video lucah yang dikaitkan dengannya, adakah Anwar Ibrahim melakukannya secara sembunyi-sembunyi atau melibatkan pihak ketiga seperti balaci yang diarahkan untuk bersubahat atau sebaliknya. Apabila melibatkan pihak lain atau pihak ketiga, secara tidak langsung apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sebenarnya adalah melakukan kezaliman secara terang-terangan dan tidak lagi tertakluk kepada haramnya hukum bagi mendedahkan aib dan mengumpatnya.

Ibn Hajar dalam kitab Fath Al-Mubin membahagikan manusia kepada dua golongan iaitu,
Pertama, orang yang tidak pernah disebut melakukan kejahatan atau kemungkaran; jika terdengar atau diketahui bahawa mereka melakukan sesuatu kemungkaran, maka tidaklah harus didedahkan atau diperkatakan. Jika tetap diperkatakan atau didedahkan juga kemungkaran yang didengari itu, maka ia menjadi umpatan yang hukumnya haram dan amat berat dosanya.

Kedua, orang yang sudah terkenal dengan kejahatan atau kemungkarannya secara terang-terangan, malahan tidak mempedulikan sebarang nasihat yang diberikan dan tidak malu melakukan kejahatan secara terbuka; harus didedahkan keaibannya. Mendedah dan bercakap mengenai kejahatan mereka dalam situasi ini tidak lagi dianggap sebagai mengumpat.

Malah ada kalanya wajib didedahkan kejahatannya kepada orang ramai agar mereka sentiasa berwaspada dengan tingkah lakunya kerana jika didiamkan, tentulah dia akan bermaharajalela dan kejahatannya semakin hari akan bertambah sehingga ke peringkat membahayakan masyarakat.

Al Imam Al-Nawawi di dalam Syarah Sohih Muslim memberikan contoh-contoh ghibah dan umpatan yang dibenarkan yang bermaksud:

Ketahuilah! Sesungguhnya mengumpat ada juga yang dibenarkan kerana tujuan yang benar lagi disyariatkan yang tidak boleh dihasilkan melainkan dengan mengumpat. Ia terdapat pada enam sebab.
  1. Pengaduan penganiayaan.
  2. Meminta pertolongan untuk menegur kemungkaran dan menarik si pelaku maksiat kepada kebenaran.
  3. Bertanya hukum atau cara penyelesaian.
  4. Mengingatkan muslim yang lain daripada kejahatan atau menasihatinya.
Termasuk dalam kategori ini ialah tentang seseorang pemimpin yang tidak memimpin dengan baik, sama ada kerana dia tidak layak atau kerana dia adalah seorang yang fasiq atau munafiq atau cuai atau sebagainya. Maka wajib diberitahukan agar dia dipecat, tidak dihiraukan atau digantikan dengan orang yang lebih sesuai dan orang ramai tidak tertipu dengan tindak-tanduknya.
  1. Jika dia seseorang yang jelas menunjukkan kefasiqannya atau bidaahnya.
  2. Untuk dikenali.
Daripada sebuah hadis yang bermaksud:
Daripada Aisyah r.a, sesungguhnya ada seorang lelaki meminta izin untuk berjumpa Rasulullah s.a.w dan baginda bersabda (kepada para Sahabat), izinkanlah dia (masuk). Dialah sejahat-jahat ahli keluarga. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Berkata Imam Nawawi: Imam Bukhari berhujah dengan hadis ini dalam membolehkan mengumpat orang yang jahat dan tidak tetap pendirian. Diharuskan mengumpati mereka supaya kita tidak terkena kejahatan mereka dan tidak perdaya dengan zahir atau rupa paras mereka.
Dalam sebuah hadis lain yang bermaksud:

Daripada Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Aku rasa kedua-dua orang ini sediki pun tidak mengenali agama kita ini (Islam). (Hadis riwayat Bukhari). Berkata Al-Laith bin Saad (salah seorang perawi hadis ini), ‘kedua-dua orang ini’ adalah ditujukan kepada dua orang dari kalangan munafiqin.
Harus mengumpat orang yang munafiq supaya zahir mereka tidaklah memperdayakan orang yang tidak mengetahui hal sebenar mereka. Bagaimanapun, pada masa yang sama, kita tidak boleh sama sekali menuduh orang lain sewenang-wenangnya sebagai munafiq.

Terdapat banyak kitab yang membenarkan umpatan atau  membuka aib pemimpin selain daripada dua kitab yang disebutkan di atas. Justeru apabila para penyokong Anwar Ibrahim cuba menggunakan hujah HARAM MEMBUKA AIB ANWAR IBRAHIM, maka seharusnya mereka perlu tahu bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin dan sebagai seorang pemimpin, ulah, onar dan setiap perbuatannya perlu diterangkan kepada orang ramai.

Jangan kerana dia kelihatan dan sentiasa tampil seperti hero dari kayangan dengan cakap-cakap yang memperlihatkan dia seorang sahaja yang baik dan hebat dalam serba-serbi, maka perbuatan jahatnya perlu ditutup daripada pengetahuan orang ramai.

Apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dari tahun 1982 sehingga 1997 terutama dalam menyusahkan berjuta-juta rakyat di Malaysia menerusi dasar kewangan yang sangat tunduk sujud kepada IMF dan Bank Dunia, sudah cukup untuk dijadikan bukti mengapa aibnya perlu didedahkan bagi membolehkan rakyat Malaysia, khususnya yang kurang mengetahui tentang sejarah Anwar Ibrahim sebagai pemimpin negara, mengetahui tentang kebenarannya.

Apatah lagi dengan penghakiman yang jelas menyatakan bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan meliwat walaupun dibebaskan atas alasan teknikal iaitu tarikh perbuatan jenayahnya yang bercanggah, salah laku Anwar Ibrahim tidak boleh disenyapkan hanya semata-mata kerana kita menyokongnya.

Membiarkan seorang pemimpin yang telah didapati melakukan jenayah oleh mahkamah untuk terus berada dalam sistem pentadbiran, samalah seperti membiarkan seorang pembunuh yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan kemudian dibebaskan kerana kesalahan teknikal di dalam masyarakat. Kerosakan yang dilakukan oleh pemimpin yang jahat, jauh lebih besar berbanding kerosakan yang dilakukan oleh pembunuh!

Lion : Sememangnya selain isu Pilihan raya yang ke 10 di Sarawak, isu video seks yang melibatkan Anuar Ibrahim ini sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Ermmm bila Lion post tentang isu video seks si ANUWAR ni dalam FB macam-macam feedback yang Lion terima...macam-macam puak-puak pembangkang ni hentam Lion, ada yang pertikaikan kenapa Lion mesti  nak aibkan orang, kalau betul pun dia yang buat kenapa mesti nak sebarkan video tersebut..tak kurang juga ada yang menyatakan rasa tak puas hati terhadap pemimpin PR tersebut kerana melengah-lengah apa saja tuduhan yang berkaitan dengan beliau..macam-macam la....Artikel ini akan menjelaskan pada semua niat sebenar kami semua menyiarkan dan menyebarkan video2 dan gambar2 yang melibatkan video seks Anuar Ibrahim ...

Tuesday, March 22, 2011

30,755 jawatan kosong di Perak



IPOH – Perak mempunyai 30,755 kekosongan jawatan dan daripada jumlah itu hanya 581 penempatan jawatan dilakukan sehingga semalam berdasar kepada statistik Jobs Malaysia.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pelancaran Pusat Kerjaya Amanjaya (Peka) dijadikan pusat sehenti kepada rakyat negeri yang ingin mencari pekerjaan.

Menurutnya, ia sebagai usaha menangani isu pekerjaan yang dihadapi masyarakat serta industri melalui Institut Darul Ridzuan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Peka memberi khidmat nasihat dengan memberikan latihan dari segi penampilan, komunikasi dan sebagainya serta membantu masyarakat mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan.

“Peka juga akan membantu industri mencari pekerja yang sesuai dengan keperluan industri. Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jobs Malaysia menjangkakan 10,000 peluang pekerjaan disediakan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pusat Kerjaya Amanjaya di Greentown Suria di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan; Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Pengerusi Kencana Petroleum Berhad, Datuk Mokhzani Mahathir dan Ketua Eksekutif Darul Ridzuan, Aminudin Hashim.

Dr Zambry berkata, kewujudan Peka secara tidak langsung mengelakkan berlaku migrasi penduduk ke negeri lain.

“Sebagai contoh, dengan pembukaan sebuah pasaraya di Meru Raya dan Manjoi bakal menyediakan pekerjaan lebih 2,000 orang,” katanya.

Sementara itu, Maznah berkata, Peka merupakan pusat sehenti pertama negara yang mempertingkat usaha kerajaan melalui pusat Jobs Malaysia.

“Semua perkhidmatan bukan sahaja mencarikan pekerjaan tetapi meningkatkan kemahiran selain memberi latihan dalam penampilan diri, yang dibuat secara,” katanya.

Terdahulu, Dr Zambry dan Maznah menyaksikan majlis tandatangan 10 memorandum persefahaman (MoU) beberapa syarikat antaranya, Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Kencana Holding Berhad, Twincreeks Malaysia Sdn Bhd, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Mydin Mohamed Holding Berhad.

 Lion : Alhamdulillah, tahniah Lion ucapkan kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan DS Dr. Zambry Abd Kadir. Dengan adanya PEKA ini diharap dapat memberi peluang pekerjaan kepada golongan muda terutamanya dalam usaha mengurangkan kadar migrasi anak muda di negeri Perak..Lion dan rakan-rakan blogger Perak yang lain akan sentiasa menyokong kepimpinan DS Zambry..tahniah sekali lagi..

Tuesday, March 1, 2011

TAWARAN HEBAT DI PRK N27 MERLIMAU : DAPATKAN 'DIPLOMA SEGERA' DARI AKADEMI PAS PIS PUS!!!!!


Sila rujuk  artikel :



Lion : Tipu lagi!!! sebelum ni di PRK Tenang suami 'CIKGU' Mala tipu MC, kali ni di PRK Merlimau calon PAS Yuhaizad pulak tipu Sijil Diploma.Adakah tipu itu satu ibadah bagi juak-juak PAS ni hanya untuk meraih undi??? Adakah ini contoh yang baik untuk dijadikan pemimpin??? kalau hanya setakat  berkupiah, berserban, bertudung litup kesana-kesini sudah cukup membuktikan anda mempunyai akhlak yang baik untuk dijadikan contoh, dah menjamin anda masuk syurga..maka undilah PAS kerana semua ahli2 PAS sudah pasti baik, sudah pasti ke syurga..

"Tok Niky kata, tak pe tipu sikit tak pe, asalkan anda ahli PAS sudah pasti ke Syurga!!" 

Owh sebelum terlupa, tawaran hebat diatas hanya SAH SELAGI STOK MASIH ADA!!!!!

Saturday, February 26, 2011

Anak Bagan Datoh: Selamat Bersidang!!!

Anak Bagan Datoh: Selamat Bersidang!!!: "Hari ini diadakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan UMNO Peringkat Cawangan-cawangan Negeri Perak Darul Ridzuan bertempat di Stadium In..."

Laporan sekitar perhimpunan Melayu Perkasa Perak di Pasir Salak


Alhamdulillah dengan izin Allah Taa'la Perhimpunan Melayu Perkasa Perak yang berlansung di Pasir salak semalam berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dengan kehadiran kira-kira 10,000 pejuang-pejuang Melayu dari seluruh negeri Perak juga dari negeri-negeri sekitar.. Perhimpunan hebat ini juga mendapat pujian daripada Armand ketua Wira Perkasa Malaysia di dalam blog beliau:


Tahniah PERKASA PERAK atas kejayaan "PERHIMPUNAN MELAYU PERKASA PERAK".

Tapi satu peristiwa yang secara peribadi yg saya tidak akan lupakan adalah dimana seorg wanita yang mengandung hadir bersama keluarganya drpd Sg Petani Kedah Tiba2 Emergency dan "MELAHIRKAN ANAK PERJUANGAN" Di Perhimpunan tersebut , alhamdulilah kecekapan pihak Hospital Perak yg berada disitu telah berjaya membantu melahirkan seorang bakal pewaris Perjuangan.



Terima kasih Pihak Polis, Rela, Rakan2 Media, Bloggers, Hospital Perak Dan Semua Yg Terlibat Dlm Kejayaan Perhimpunan Semalam.
Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati perjuangan murni kita demi agama, bangsa dan tanahair.. Hidup melayu.!! Allahu Akbar.!!
Kita jumpa lagi di Perhimpunan Melayu Perkasa Kedah pada 26 April 2011 nanti.. Bangkitlah Melayu.!!

Lion juga secara peribadi ingin merakam tahniah kepada PERKASA Perak diatas penganjuran perhimpunan yang maha hebat ini diadakan diatas bumi Pasir Salak dimana disini bermulanya kebangkitan Nasionalime Melayu pertama yang berjuang habis-habisan menentang penjajah British demi mempertahankan maruah Agama, Bangsa dan Negara lebih kurang 137 tahun yang lalu...
Semangat perjuangan inilah yang cuba diterapkan kembali kepada pejuang-pejuang bangsa pada hari ini terutamanya golongan muda, dengan menyingkap kembali sejarah lama.


Pada hari ini bumi bersejarah Pasir Salak sekali lagi dikunjungi Pahlawan Melayu terulung di abad ini , Tun Dr. Mahathir Mohamed. Turut mengiringi beliau ialah Dato Tajuddin Rahman, Dato Seri Ramlee Ngah Talib dan Dato Ibrahim Ali dan beberapa AJK Perkasa Pusat dan Negeri. 


Ikuti  antara Ucapan beliau :





Tun juga dalam ucapannya menegaskan bahawa sejarah Malaysia moden telah membuktikan negara ini berjaya kerana kesediaan orang Melayu berkongsi kuasa politik dan ekonomi dengan kaum lain sepanjang 50 tahun sejarah negara ini.

“Kami sedia untuk berkongsi (kuasa) pemerintahan negara ini,” katanya yang mendapat sambutan hangat dari hadirin.

Dr Mahathir juga mengingatkan kesediaan ini merupakan pengorbanan yang sangat tinggi daripada bangsa Melayu kerana kedudukan orang Melayu adalah lebih buruk berbanding kaum-kaum lain.

Tun menegaskan bangsa Melayu tidak pernah mempersoalkaan apa yang dimiliki oleh kaum lain, kerana itu adalah hak mereka. Bagaimanapun,  hak yang cuma sedikit yang diperuntukkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang ada pada bangsa Melayu, janganlah dirampas. 

Bangsa Melayu berjuang untuk menentukan hak mereka dijamin dan tidak dirampas dengan apa cara sekalipun. Kerana itu Tun Dr Mahathir menegaskan bahawa tidak pernah  pihak kerajaan yang ditunjangi UMNO menggunakan pendekatan yang keras untuk menidakkan atau mengambil hak orang lain sebagaimana yang berlaklu di negara-negara lain.

Dalam apa situasipun Tun Dr. Mahathir selaku mantan presiden Umno, mengingatkan bahawa perjuangan bangsa Melayu di negara ini adalah untuk mempertahankan hak orang Melayu tidak dirampas atau dinafikan kata beliau lagi.





foto ihsan Parpukari


Lion : Bangkitlah Melayu!!! Bersatulah Melayu!!! BERUBAH ATAU REBAH???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...