Terjemahan Al-Quran

Saturday, February 26, 2011

Laporan sekitar perhimpunan Melayu Perkasa Perak di Pasir Salak


Alhamdulillah dengan izin Allah Taa'la Perhimpunan Melayu Perkasa Perak yang berlansung di Pasir salak semalam berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dengan kehadiran kira-kira 10,000 pejuang-pejuang Melayu dari seluruh negeri Perak juga dari negeri-negeri sekitar.. Perhimpunan hebat ini juga mendapat pujian daripada Armand ketua Wira Perkasa Malaysia di dalam blog beliau:


Tahniah PERKASA PERAK atas kejayaan "PERHIMPUNAN MELAYU PERKASA PERAK".

Tapi satu peristiwa yang secara peribadi yg saya tidak akan lupakan adalah dimana seorg wanita yang mengandung hadir bersama keluarganya drpd Sg Petani Kedah Tiba2 Emergency dan "MELAHIRKAN ANAK PERJUANGAN" Di Perhimpunan tersebut , alhamdulilah kecekapan pihak Hospital Perak yg berada disitu telah berjaya membantu melahirkan seorang bakal pewaris Perjuangan.



Terima kasih Pihak Polis, Rela, Rakan2 Media, Bloggers, Hospital Perak Dan Semua Yg Terlibat Dlm Kejayaan Perhimpunan Semalam.
Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati perjuangan murni kita demi agama, bangsa dan tanahair.. Hidup melayu.!! Allahu Akbar.!!
Kita jumpa lagi di Perhimpunan Melayu Perkasa Kedah pada 26 April 2011 nanti.. Bangkitlah Melayu.!!

Lion juga secara peribadi ingin merakam tahniah kepada PERKASA Perak diatas penganjuran perhimpunan yang maha hebat ini diadakan diatas bumi Pasir Salak dimana disini bermulanya kebangkitan Nasionalime Melayu pertama yang berjuang habis-habisan menentang penjajah British demi mempertahankan maruah Agama, Bangsa dan Negara lebih kurang 137 tahun yang lalu...
Semangat perjuangan inilah yang cuba diterapkan kembali kepada pejuang-pejuang bangsa pada hari ini terutamanya golongan muda, dengan menyingkap kembali sejarah lama.


Pada hari ini bumi bersejarah Pasir Salak sekali lagi dikunjungi Pahlawan Melayu terulung di abad ini , Tun Dr. Mahathir Mohamed. Turut mengiringi beliau ialah Dato Tajuddin Rahman, Dato Seri Ramlee Ngah Talib dan Dato Ibrahim Ali dan beberapa AJK Perkasa Pusat dan Negeri. 


Ikuti  antara Ucapan beliau :





Tun juga dalam ucapannya menegaskan bahawa sejarah Malaysia moden telah membuktikan negara ini berjaya kerana kesediaan orang Melayu berkongsi kuasa politik dan ekonomi dengan kaum lain sepanjang 50 tahun sejarah negara ini.

“Kami sedia untuk berkongsi (kuasa) pemerintahan negara ini,” katanya yang mendapat sambutan hangat dari hadirin.

Dr Mahathir juga mengingatkan kesediaan ini merupakan pengorbanan yang sangat tinggi daripada bangsa Melayu kerana kedudukan orang Melayu adalah lebih buruk berbanding kaum-kaum lain.

Tun menegaskan bangsa Melayu tidak pernah mempersoalkaan apa yang dimiliki oleh kaum lain, kerana itu adalah hak mereka. Bagaimanapun,  hak yang cuma sedikit yang diperuntukkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang ada pada bangsa Melayu, janganlah dirampas. 

Bangsa Melayu berjuang untuk menentukan hak mereka dijamin dan tidak dirampas dengan apa cara sekalipun. Kerana itu Tun Dr Mahathir menegaskan bahawa tidak pernah  pihak kerajaan yang ditunjangi UMNO menggunakan pendekatan yang keras untuk menidakkan atau mengambil hak orang lain sebagaimana yang berlaklu di negara-negara lain.

Dalam apa situasipun Tun Dr. Mahathir selaku mantan presiden Umno, mengingatkan bahawa perjuangan bangsa Melayu di negara ini adalah untuk mempertahankan hak orang Melayu tidak dirampas atau dinafikan kata beliau lagi.





foto ihsan Parpukari


Lion : Bangkitlah Melayu!!! Bersatulah Melayu!!! BERUBAH ATAU REBAH???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...