Terjemahan Al-Quran

Monday, February 21, 2011

Nasihat KP Puteri kepada semua jentera Puteri yang bertugas di Merlimau



JASIN: Ahli Pergerakan Puteri Umno yang terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dinasihatkan berpakaian sopan bagi mengelak ia dijadikan isu pihak lawan.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata, ahlinya perlu menjaga cara pemakaian ketika melakukan tugasan pada pilihan raya kecil itu nanti.

Katanya, ini berikutan pihaknya tidak mahu ia dijadikan peluang pihak lawan sebagai isu menarik perhatian pengundi.
“Kami menjadi mangsa tumpuan pihak lawan ketika pilihan raya kecil lalu termasuk dimarahi dengan kata-kata kesat serta dibaling dengan objek.

“Ada kes ahli Puteri Umno dikasari termasuk dipukul dan sebab itulah kami tidak mahu timbul masalah sepanjang tempoh kempen nanti.

“Justeru, setiap ahli diminta berhati-hati termasuk menjaga tingkah laku dan cara berpakaian untuk memastikan tidak menimbulkan sebarang masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyertai Program Menyusur Akar Kebajikan di DUN Merlimau, di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Pergerakan Puteri negeri, Mas Ermieyati Samsudin.

Dalam program itu, beliau melawat sembilan individu membabitkan pesakit dan warga emas dengan menyampaikan sumbangan.
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan juga menasihatkan ahlinya supaya bergerak secara berkumpulan ketika berkempen dari satu tempat ke tempat lain bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

Katanya, mereka perlu berhati-hati ketika memasuki kubu lawan kerana ada segelintir tidak mengalu-alukan kedatangan Puteri Umno.

“Untuk mengelak sebarang perkara tidak diingini, mereka diingatkan supaya jangan bergerak dalam kumpulan kecil bagi memastikan keselamatan diri.

“Mereka juga perlu menjaga disiplin dengan tidak melakukan perkara tidak diingini ketika berkempen nanti,” katanya yang akan melancarkan Jentera Pergerakan Puteri Umno bagi Pilihanraya Kecil DUN Merlimau pada Rabu ini.



Lion : Selamat berjuang Lion ucapkan kepada semua jentera Puteri sama ada di PRK Merlimau mahupun Kerdau. Kempen, kempen jugak keselamatan dan maruah diri harus dijaga..Almaklumlah, kebiasaannya puteri ni lah yang akan menjadi sasaran pihak lawan kerana menganggap puteri merupakan golongan yang paling lemah...di harap pengalaman rakan-rakan puteri di PRK-PRK yang lepas dapat kita jadikan iktibar agar lebih berhati-hati dalam setiap perbuatan dan tindak tanduk kita sebagai seorang wanita..Walau apa pun Lion pasti Jentera-jentera puteri kita disana tak akan gentar menghadapi musuh...cayalah!!!




Gambar hiasan
Semangat Perjuangan Tak mengenal erti kalah, tak mengenal erti takut... 
Selamat Berjuang!!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...