Berita terbaru dari blogger Medan Info yang kini sedang berada di Cairo, ada lagi satu masalah yang dibawa oleh puak2 PAS yang tidak bertanggungjawab menyebar berita palsu bahawa pelajar pelajar Malaysia yang dibawa ke Jeddah terpaksa membayar tambang untuk pulang ke Malaysia...
Ini membuatkan ramai pelajar disini keliru dan enggan keluar dari tempat tinggal masing masing sekaligus menyukarkan proses membawa mereka pulang.
Diwaktu yang sama, ramai ibu bapa pelajar pelajar juga semakin risau dan bimbang seandainya anak anak mereka masih berada disini, sedangkan keadaan semakin tidak
selamat..!!
Bagaimanapun ketua rombongan Datuk Seri Jamil Khir (Menteri BN) serta Datuk Azeez Rahim (Ahli MT UMNO) menafikan perkara itu dan menyatakan mereka tidak perlu membayar sesen pun hatta cukai airport sekali pun untuk pulang ke Malaysia.
Lion pening la apa lagi la yang diorg nak ni sebenarnya dah la tak reti nak bersyukur, semua kos penerbangan balik dan penginapan serta makan dan minum ditanggung percuma oleh
Kerajaan Barisan Nasional , tu pun macam2 komplain yang didengar
Ada pula marah2 kerana pelajar itu tidak dibawa terus keluar ke Malaysia sebaliknya transit
di Jeddah.
Mereka tidak terfikir berapa belas jam diperlukan bagi satu penerbangan dari Mesir ke tanah air.
Itu belum ambil kira macam-macam masalah teknikal babitkan kelulusan menggunakan
ruang udara jika pesawat tentera digunakan dalam operasi menyelamat tersebut..
Pastinya Datuk Seri Najib Tun Razak sudah memikirkan semua dengan mendalam sebelum
meluluskan operasi besar-besaran bagi memindahkan semua rakyat Malaysia.
Tapi sayang, apabila usaha itu datangnya dari kerajaan Barisan Nasional walaupun baik,
jarang dihargai pembangkang.
Kerajaan Kedah, Kelantan dan Selangor juga membisu dalam usaha menyelamat ini,
sedangkan banyak anak negeri yang terlibat.
Sehingga ke saat ini, seramai 760 pelajar sudah selamat berada di Madinatul Hijjaz Jeddah dan special arrangment sudah dibuat seperti memberikan mereka Visa On Arrival dan mana mana pelajar yang menghadapi sebarang masalah dokumen pasport, pihak Kementerian Luar mengeluarkan Emergency Certificate. Hari ini dijangkakan, lebih 3,000 lagi pelajar akan dibawa Jeddah.
Kepada ibu bapa pelajar di Malaysia, mohon janganlah percaya kepada semua khabar angin yang sedang disebarkan...
sekian berita melaporkan..Lion nak pi skodeng jap kot2 ada berita terbaru..yang hotz2 dari Cairo/Jeddah..nanti Lion akan update yer...
Assalammualaikum!!
Sumber : Blog RBF
Berita lanjut sila lawat Agenda Daily dan Blog Medan Info
No comments:
Post a Comment