Assalammualaikum...
Lion dan juga blogger2 yang lain mendapat amanat dari blogger sukarelawan Blogmaster Medan Info Kita yang kini berada di Cairo untuk menyampaikan pesanan beliau kepada rakyat2 di Malaysia terutamanya PUAK-PUAK PENYOKONG FANATIK BERANI MATI PAS supaya menghentikan demonstrasi jalanan murahan..apa faedahnya demo yang anda semua buat didepan Pejabat Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur..??
Kerajaan Malaysia sedang bertungkus lumus untuk membawa keluar pelajar pelajar kita di Mesir. Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia bersengkang mata tidak tidur dan cukup rehat menjadi penghuni dibawah khemah menunggu dipintu masuk International Departure Cairo International Airport. Ada sekumpulan Sukarelawan lagi, sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk proses menghantar bekalan makanan dan memastikan anak anak kita dibawa ke Cairo International Airport.
Keadaan yang semakin meruncing disini sekaligus membuatkan jalanraya sentiasa sibuk kerana tempoh had waktu sangat singkat masing masing mengejar masa bagi mengelakkan terperangkap dalam Perintah Berkurung [CURFEW].
Begitulah risiko yang diambil oleh sahabat sahabat kami. Oleh itu pihak berkuasa disini seperti memberikan kelonggaran kepada mereka yang melaksanakan tugas tugas "humanitarian services", malah pihak Kedutaan Besar Malaysia disini pun mohon immunity diberikan....
Baghalnya juak juak murahan PAS yang membuat demo seperti mahu masuk campur konflik negara Mesir, berdemo tanpa sebab kukuh mahu Hosni Mubarak letak jawatan..! Apa untungnya pada rakyat Malaysia..??
Tidakkah tindakan bebal ini akan menyusahkan kerja kerja mereka disana..?? Sekiranya pihak kerajaan Mesir tersinggung dengan tindakan juak-juak PAS yang berdemo ini, tidak mustahil mereka yang bertugas disana akan menjadi mangsa..????
Foto ini rakan Blogmaster Medan Info Kita rakam pagi tadi dari jendela tempat penginapan kami disini. Pasukan Tentera yang menggunakan kereta perisai mereka standby 24 hours dan akan menutup jalan sebaik sahaja jam 7 malam iaitu waktu Perintah Berkurung - CURFEW.
Apa akan jadi kepada mereka sekiranya rakyat Malaysia juga menjadi sasaran pihak berkuasa Mesir..? Tolonglah weh!!!!!
Malam tadi juga blogger Blogger Blogmaster Medan Info Kita dan rakan2 lalui pengalaman pahit yang mengerikan..., sila klik sini
Apa akan jadi kepada mereka sekiranya rakyat Malaysia juga menjadi sasaran pihak berkuasa Mesir..? Tolonglah weh!!!!!
Malam tadi juga blogger Blogger Blogmaster Medan Info Kita dan rakan2 lalui pengalaman pahit yang mengerikan..., sila klik sini
sumber : Blogmaster Medan Info Kita
No comments:
Post a Comment