Terjemahan Al-Quran

Thursday, February 3, 2011

Krisis Di Mesir: Kera di hutan disusukan????


Sebelum tu rasanye masih belum terlambat lagi untuk Lion mengucap Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Tiong Hua di Malaysia. Dalam pada itu marilah kita mendoakan keselamatan sahabat2 kita yang masih berada di Mesir. 


Mengikut laporan terdapat 11,300 orang rakyat Malaysia sedang terperangkap di Mesir yang sedang dilanda krisis sekarang. Boleh dikatakan 70-80 % antara mereka adalah pelajar.

Sepertimana yang kita tahu, semalam Kerajaan BN telah mula menghantar bantuan kepada mereka. Baik makanan atau pengangkutan untuk mereka pulang.

Untuk mengangkut mereka pulang bukan kerja yang senang kerana jumlahnya terlalu ramai dan ditambah pula dengan keadaan trafik udara yang sendat di Cairo sekarang.

Sekiranya 11,300 orang itu semuanya mahu diangkut pulang ke Malaysia, maka kita memerlukan 28 buah pesawat Boeing 747 yang boleh memuatkan lebih kurang 400 penumpang untuk satu penerbangan.

Itu jika kita guna B747, kalau gunakan Airbus selain dari A380 maka jumlahnya penumpang kurang dari 400 orang lagi untuk satu-satu penerbangan.

Dalam situasi sekarang mana kita nak cari pesawat sebanyak itu untuk mengangkut mereka pulang ?

Kalau semua pesawat MAS dan Air Asia hendak digunakan untuk misi tersebut maka habislah jadual penerbangan di negara kita jadi kucar-kacir kerana tidak cukup pesawat.

Dari segi kos pula, ianya bukan kecik anak punya kos. Pesawat terpaksa pergi kosong dari KLIA ke Cairo yang memakan masa 9-10 jam kemudian ambil mereka dan balik ke KLIA pula, makan masa yang sama juga.
 

"arahan PM supaya tolong kesemuanya."

Akhirnya orang Umno yang dikatakan jahiliah juga yang tolong, mana dia pemimpin Pas ? kenapa tak pergi tolong orang-orang mereka ?

Rombongan sukarelawan yang diketuai oleh Datuk Azeez berkumpul di LCCT sejak jam 3 petang semalam untuk bertolak ke Cairo. Sejam ke sejam penerbangan ditunda. Sehingga jam 11.00 malam tadi mereka masih belum dapat 'clearance' lagi dari pihak berkuasa penerbangan Mesir untuk berlepas ke Cairo. Dengar cerita mereka dah lunyai sekarang ini kerana dah 10 jam duduk menunggu di LCCT untuk berlepas ke Cairo.

Semuanya kerana kesesakan trafik udara dan lapangan terbang disana kerana semua orang nak keluar dari Mesir dan secara kebetulan pula Air Asia tiada hak mendarat di Mesir. Itulah yang membuatkan kerja semakin susah.

Ada sesetengah beruk yang yang tak faham duduk melalak dalam blog kononnya kerajaan lambat bertindak. Dia tak tahu yang kerajaan sedang bersusah payah berusaha. Apa kau ingat nak pergi angkut orang kat Chow Kit dan bawa ke Petaling Street ke ? Kalau rasa Pas terror sangat pergilah ambil sendiri bawa balik. Bercakap berdegar-degar , tapi habuk pun tarak.





sumber : dari blog RBF



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...