Terjemahan Al-Quran

Tuesday, March 22, 2011

30,755 jawatan kosong di Perak



IPOH – Perak mempunyai 30,755 kekosongan jawatan dan daripada jumlah itu hanya 581 penempatan jawatan dilakukan sehingga semalam berdasar kepada statistik Jobs Malaysia.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pelancaran Pusat Kerjaya Amanjaya (Peka) dijadikan pusat sehenti kepada rakyat negeri yang ingin mencari pekerjaan.

Menurutnya, ia sebagai usaha menangani isu pekerjaan yang dihadapi masyarakat serta industri melalui Institut Darul Ridzuan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Peka memberi khidmat nasihat dengan memberikan latihan dari segi penampilan, komunikasi dan sebagainya serta membantu masyarakat mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan.

“Peka juga akan membantu industri mencari pekerja yang sesuai dengan keperluan industri. Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jobs Malaysia menjangkakan 10,000 peluang pekerjaan disediakan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pusat Kerjaya Amanjaya di Greentown Suria di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan; Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Pengerusi Kencana Petroleum Berhad, Datuk Mokhzani Mahathir dan Ketua Eksekutif Darul Ridzuan, Aminudin Hashim.

Dr Zambry berkata, kewujudan Peka secara tidak langsung mengelakkan berlaku migrasi penduduk ke negeri lain.

“Sebagai contoh, dengan pembukaan sebuah pasaraya di Meru Raya dan Manjoi bakal menyediakan pekerjaan lebih 2,000 orang,” katanya.

Sementara itu, Maznah berkata, Peka merupakan pusat sehenti pertama negara yang mempertingkat usaha kerajaan melalui pusat Jobs Malaysia.

“Semua perkhidmatan bukan sahaja mencarikan pekerjaan tetapi meningkatkan kemahiran selain memberi latihan dalam penampilan diri, yang dibuat secara,” katanya.

Terdahulu, Dr Zambry dan Maznah menyaksikan majlis tandatangan 10 memorandum persefahaman (MoU) beberapa syarikat antaranya, Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Kencana Holding Berhad, Twincreeks Malaysia Sdn Bhd, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Mydin Mohamed Holding Berhad.

 Lion : Alhamdulillah, tahniah Lion ucapkan kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan DS Dr. Zambry Abd Kadir. Dengan adanya PEKA ini diharap dapat memberi peluang pekerjaan kepada golongan muda terutamanya dalam usaha mengurangkan kadar migrasi anak muda di negeri Perak..Lion dan rakan-rakan blogger Perak yang lain akan sentiasa menyokong kepimpinan DS Zambry..tahniah sekali lagi..

Tuesday, March 1, 2011

TAWARAN HEBAT DI PRK N27 MERLIMAU : DAPATKAN 'DIPLOMA SEGERA' DARI AKADEMI PAS PIS PUS!!!!!


Sila rujuk  artikel :



Lion : Tipu lagi!!! sebelum ni di PRK Tenang suami 'CIKGU' Mala tipu MC, kali ni di PRK Merlimau calon PAS Yuhaizad pulak tipu Sijil Diploma.Adakah tipu itu satu ibadah bagi juak-juak PAS ni hanya untuk meraih undi??? Adakah ini contoh yang baik untuk dijadikan pemimpin??? kalau hanya setakat  berkupiah, berserban, bertudung litup kesana-kesini sudah cukup membuktikan anda mempunyai akhlak yang baik untuk dijadikan contoh, dah menjamin anda masuk syurga..maka undilah PAS kerana semua ahli2 PAS sudah pasti baik, sudah pasti ke syurga..

"Tok Niky kata, tak pe tipu sikit tak pe, asalkan anda ahli PAS sudah pasti ke Syurga!!" 

Owh sebelum terlupa, tawaran hebat diatas hanya SAH SELAGI STOK MASIH ADA!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...