Terjemahan Al-Quran

Friday, February 11, 2011

Polis DiMinta Siasat Anwar Rancang ‘Rusuhan Rakyat’





KUALA LUMPUR 11 Feb. – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai merancang melarikan diri ke luar negara dan merancang ‘rusuhan rakyat’ sebagaimana yang berlaku di Thailand dan Mesir, untuk mewujudkan suasana huru hara di Malaysia, seterusnya mengulingkan kerajaan melalui demostrasi jalanan, dakwa Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah.


Tambahnya, pendedahan ini diperolehi daripada seseorang, menerusi dokumen bertarikh 9 Februari 2011 yang bertajuk `Bila Dan Bagaimana Anwar Akan Larikan Diri – Bahagian 1 dan 2 [Akhir]’.

“Maklumat yang saya perolehi ini ada kebenarannya. Sebab itu saya buat laporan polis supaya siasatan segera dapat dibuat. Kami mahu laporan polis ini diberi perhatian yang serius oleh pihak keselamatan. Perbicaraan Anwar akan bersambung pada 14 Februari 2011 tetapi belum ada sebarang tanda-tanda ia dapat diselesaikan.

”Ini berdasarkan tindak-tanduk Anwar yang sering menangguhkan perbicaraan dengan mewujudkan pelbagai alasan. Dia kini bebas ke luar negara khususnya Amerika Syarikat dan Turki di mana diketahui dia mempunyai hubungan yang akrab dengan pemimpin negara tersebut,” ujarnya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi petang tadi.

Ujarnya, ada kemungkinan Anwar akan disabitkan dengan kesalahan meliwat dan dipenjarakan. Sehubungan itu, kemungkinan dia mengatur strategi tertentu untuk melepaskan diri tidak boleh diketepikan.

Antara strategi tersebut sebagaimana yang didedahkan dalam laman blog ‘The Unspinner’ adalah Melarikan diri ke kedutaan asing seperti Kedutaan Turki yang mana sebelum ini dia telah bersembunyi di kedutaan tersebut semasa laporan polis pertama dibuat ke atasnya oleh Mohd Saiful Bukhari iaitu mangsa liwat.

“Tindakan melarikan diri ke luar negara ini, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Thaksin Sinawarta, bekas Perdana Menteri Thailand.

Ketika dalam pelarian, Anwar akan merancang untuk mewujudkan suasana huru-hara dengan membangkitkan kemarahan rakyat menerusi demonstrasi jalanan sepertimana yang berlaku di Thailand. Trend yang sama pernah berlaku sebelum ini seperti perhimpunan Baju Kuning [Bersih] di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat satu ketika dulu,” tambahnya lagi.

Sehubungan dengan itu, Wira Perkasa mendesak pihak Peguam Negara agar memohon kepada mahkamah supaya menahan passport antarabangsa Anwar bagi mengelakkan dia melarikan diri ke luar negara untuk menjadi pemimpin buangan.

“Laporan polis ini juga dibuat bagi menangkis persepsi negatif yang cuba diwujudkan oleh Anwar kepada rakyat jika ada sesuatu perkara buruk berlaku ke atasnya.

Umum mengetahui, sebelum ini Anwar pernah beberapa kali membuat penipuan kepada rakyat dengan mendakwa dia telah diracun dengan arsenik, AIDS dan sakit tulang belakang. Tujuannya adalah untuk meraih simpati kerana sedar tidak dapat lari daripada pertuduhan liwat yang sedang dihadapi,” ujarnya lagi.


Source : Anti PKR Club

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...