Tahukah anda :
Apabila Pahang Daily Online (PDO), lidah pembangkang yang sering mencela dan menghina Saiful Bukhari kerana bersumpah laknat pada Ogos 2008 mengaku dan memohon maaf kerana telah melemparkan fitnah ke atas Saiful dengan mempertahankan Anwar sebelum ini ramai di kalangan penyokong PKR, PAS dan DAP mula jadi bengong. Mereka kebengongan kerana sebelum ini bermati-matian mempercayai dan mempertahankan apa saja yang ditulis PDO membela Anwar tanpa usul periksa.
Tetapi apabila secara tiba-tiba PDO memohon maaf, menarik balik artikel-artikel fitnah kepada Saiful malah yang lebih mengejutkan lagi, akan mengambil sikap berkecuali dan tidak akan memihak lagi kepada Anwar dalam isu kes liwatnya, persoalan yang tidak pernah terjangka untuk ditanya kepada diri mereka sendiri mula berlegar hari demi hari, ADAKAH INI MENANDAKAN ANWAR SEMEMANGNYA MELIWAT SAIFUL? untuk melihat permohonan maaf sila KLIK SINI
Sebenarnya ramai di kalangan penyokong PKR, PAS dan DAP malah sebilangan penyokong BN tidak mengetahui sebenarnya Saiful bersumpah laknat ke atas dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim. Saiful bersumpah dirinya rela dilaknat oleh Allah sekiranya beliau berdusta. Saiful bukannya bersumpah mohon Allah melaknat Anwar. Cuba baca sumpah Saiful sebagaimana yang dilafazkannya di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008:
“Saya Mohd Saiful Azlan, WAUALLAHI, WABILLAHI, WATAUALAHI, dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta oleh Allah SWT dan sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke Kiamat. Wallahualam”
Bukankah jelas bahawa sumpah laknat berkenaan ditujukan kepada dirinya sendiri, bukan untuk Anwar. Jadi, mengapa Anwar dan penyokong pembangkang menggelupur tak tentu pasal mempertikai sumpah Saiful berkenaan? Bukankah mempertikai sumpah Saiful itu sebenarnya langkah untuk menutup sumpah yang dilafazkan Saiful? Sampai dikatakan tokoh-tokoh Islam dunia lah kononnya yang tak bagi Anwar bersumpah. Mengapa tak diceritakan kepada tokoh-tokoh Islam berkenaan bahawa Saiful bersumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar?
Sepatutnya Anwar boleh menutup sebahagian isu liwatnya dengan bersumpah laknat bahawa beliau tidak meliwat Saiful sebagaimana didakwa dan rela menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah sekiranya berdusta. Bukannya perlu bersumpah laknat untuk Saiful tetapi sumpah laknat untuk diri sendiri jika berdusta. Itu saja yang perlu Anwar lakukan. Tetapi, mengapa Anwar tak buat. Takut sumpah makan diri?
Ternyata, semakin hari semakin terserlah kebenaran. Anwar dan partinya ditimpa masalah tak sudah-sudah. Dari ahli parlimen, pemimpin dan penyokong keluar parti, kalah pilihanraya kecil sehinggalah pembubaran ranting dan cabang, semuanya berlaku selepas Saiful bersumpah laknat. Adakah ini sebenarnya petanda bahawa Anwar sememangnya meliwat Saiful? Hanya Allah, Anwar dan Saiful yang mengetahuinya.
Heemmm Lion percaya suatu hari nanti kebenaran akan terserlah jua...cuma cepat atau lambat saja..biarkan mereka terus bergendang mengikut irama yang mereka sukai.Tapi mereka harus ingat tak selamanya gendang yang dipukul akan memainkan irama yang mereka kehendaki.......
Sumber : Anti PKR Club http://www.facebook.com/photo.php?fbid=499385097372&set=a.203347457372.142848.197344137372
No comments:
Post a Comment