Terjemahan Al-Quran

Saturday, February 26, 2011

Anak Bagan Datoh: Selamat Bersidang!!!

Anak Bagan Datoh: Selamat Bersidang!!!: "Hari ini diadakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan UMNO Peringkat Cawangan-cawangan Negeri Perak Darul Ridzuan bertempat di Stadium In..."

Laporan sekitar perhimpunan Melayu Perkasa Perak di Pasir Salak


Alhamdulillah dengan izin Allah Taa'la Perhimpunan Melayu Perkasa Perak yang berlansung di Pasir salak semalam berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dengan kehadiran kira-kira 10,000 pejuang-pejuang Melayu dari seluruh negeri Perak juga dari negeri-negeri sekitar.. Perhimpunan hebat ini juga mendapat pujian daripada Armand ketua Wira Perkasa Malaysia di dalam blog beliau:


Tahniah PERKASA PERAK atas kejayaan "PERHIMPUNAN MELAYU PERKASA PERAK".

Tapi satu peristiwa yang secara peribadi yg saya tidak akan lupakan adalah dimana seorg wanita yang mengandung hadir bersama keluarganya drpd Sg Petani Kedah Tiba2 Emergency dan "MELAHIRKAN ANAK PERJUANGAN" Di Perhimpunan tersebut , alhamdulilah kecekapan pihak Hospital Perak yg berada disitu telah berjaya membantu melahirkan seorang bakal pewaris Perjuangan.



Terima kasih Pihak Polis, Rela, Rakan2 Media, Bloggers, Hospital Perak Dan Semua Yg Terlibat Dlm Kejayaan Perhimpunan Semalam.
Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati perjuangan murni kita demi agama, bangsa dan tanahair.. Hidup melayu.!! Allahu Akbar.!!
Kita jumpa lagi di Perhimpunan Melayu Perkasa Kedah pada 26 April 2011 nanti.. Bangkitlah Melayu.!!

Lion juga secara peribadi ingin merakam tahniah kepada PERKASA Perak diatas penganjuran perhimpunan yang maha hebat ini diadakan diatas bumi Pasir Salak dimana disini bermulanya kebangkitan Nasionalime Melayu pertama yang berjuang habis-habisan menentang penjajah British demi mempertahankan maruah Agama, Bangsa dan Negara lebih kurang 137 tahun yang lalu...
Semangat perjuangan inilah yang cuba diterapkan kembali kepada pejuang-pejuang bangsa pada hari ini terutamanya golongan muda, dengan menyingkap kembali sejarah lama.


Pada hari ini bumi bersejarah Pasir Salak sekali lagi dikunjungi Pahlawan Melayu terulung di abad ini , Tun Dr. Mahathir Mohamed. Turut mengiringi beliau ialah Dato Tajuddin Rahman, Dato Seri Ramlee Ngah Talib dan Dato Ibrahim Ali dan beberapa AJK Perkasa Pusat dan Negeri. 


Ikuti  antara Ucapan beliau :





Tun juga dalam ucapannya menegaskan bahawa sejarah Malaysia moden telah membuktikan negara ini berjaya kerana kesediaan orang Melayu berkongsi kuasa politik dan ekonomi dengan kaum lain sepanjang 50 tahun sejarah negara ini.

“Kami sedia untuk berkongsi (kuasa) pemerintahan negara ini,” katanya yang mendapat sambutan hangat dari hadirin.

Dr Mahathir juga mengingatkan kesediaan ini merupakan pengorbanan yang sangat tinggi daripada bangsa Melayu kerana kedudukan orang Melayu adalah lebih buruk berbanding kaum-kaum lain.

Tun menegaskan bangsa Melayu tidak pernah mempersoalkaan apa yang dimiliki oleh kaum lain, kerana itu adalah hak mereka. Bagaimanapun,  hak yang cuma sedikit yang diperuntukkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang ada pada bangsa Melayu, janganlah dirampas. 

Bangsa Melayu berjuang untuk menentukan hak mereka dijamin dan tidak dirampas dengan apa cara sekalipun. Kerana itu Tun Dr Mahathir menegaskan bahawa tidak pernah  pihak kerajaan yang ditunjangi UMNO menggunakan pendekatan yang keras untuk menidakkan atau mengambil hak orang lain sebagaimana yang berlaklu di negara-negara lain.

Dalam apa situasipun Tun Dr. Mahathir selaku mantan presiden Umno, mengingatkan bahawa perjuangan bangsa Melayu di negara ini adalah untuk mempertahankan hak orang Melayu tidak dirampas atau dinafikan kata beliau lagi.





foto ihsan Parpukari


Lion : Bangkitlah Melayu!!! Bersatulah Melayu!!! BERUBAH ATAU REBAH???

Friday, February 25, 2011

PERHIMPUNAN MELAYU PERKASA PERAK



Salam. Kpd Seluruh Sahabat2 Warga Msia Dengan Segala Hormat Dan Takzim Sekali Bagi Perkasa Negeri Perak Menjemput Semua Ke "PERHIMPUNAN MELAYU/BUMIPUTRA PERKASA PERAK" 

Pada 26 hb Febuari 2011 (Sabtu) 
Jam 2.00 Petang 
Lokasi di Litar Lumba Pulau Datuk Sagor, Kg Gajah, Pasir Salak Perak. 

Ucaptama: 
Mantan PM Y.Bhg Tun Mahathir 
YB Dato Ibrahim Ali 
YB Dato Tajuddin Rahman 

Kehadiran Dari Seluruh Sahabat2 Akan Menambah Seri Dan Kemeriahan Majlis ini. Hindari Perpecahan, Tanamkan Semangat Penyatuan Dan Perpaduan. 

Perhimpunan Ni Bukan Nak Bergaduh Atau Nak Berperang Ngan Mana2 Kaum,Bangsa Dan Agama , Tetapi Nak Menunjukkan Sudah Tiba Masanya Utk Org2 Melayu Kembali Bersatu. Hanya Bila Org Melayu Bersatu Maka Akan Ada Kembali Perpaduan Dan Muhibbah Di Negara Kita Sebagai Contoh Kepada Rakyat Msia Seterusnya Di Hormati Oleh Semua Lapisan Kaum Dan Agama. 



Lion : Insya'llah Lion akan turut berada disana...Jom..Jom..Jom kita heboh!! heboh!!

Taiping Mali: AHLI PAS JOM BELAJAR MATEMATIK

Taiping Mali: AHLI PAS JOM BELAJAR MATEMATIK: "Anti-PKR ClubPAS kata UMNO tolak hudud tapi.......nak buat hudud kena dpt sokongan 2/3 parlimen..Jika parlimen UMNO + PAS + PKR, dapat ta..."

Thursday, February 24, 2011

Anak Bagan Datoh: API DALAM SEKAM , GUNTING DALAM LIPATAN???

Anak Bagan Datoh: API DALAM SEKAM , GUNTING DALAM LIPATAN???: "Tulisan ini sebenarnya sudah lama ditulis oleh seorang Pengawai BTN iaitu pada 13-08-199. Pada awalnya saya agak ragu-ragu untuk mempercaya..."

Lagi Gempar !!! Ahmad Maslan nasihat Mat Sabu supaya jadilah sahabat yang setia...


Ketua Penerangan UMNO, Ahamd Maslan mengulas mengenai ceramah Mat Sabu di Merlimau baru2 ini.

Gempar!!! Tun Mahathir menempeleng TG Nik Ajis ???



Tun Mahathir dalam blognya sebagai memberi jawapan terhadap tuduhan Nik Aziz terhadap beliau  Klik Sini

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwatun..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.



Lion : Hanya satu ayat je yang Lion nak komen kat sini.." Kesempurnaan hanya milik Allah S.W.T"...wallahualam..

Tuesday, February 22, 2011

Ummi Hafilda Dedah rahsia 3A!!!



Ikuti video pengakuan khas Ummi Hafilda mengenai beberapa isu termasuk kes liwat Anwar


Lion : 'Salute' dengan Ummi Hafilda kerana pengakuan berani mati beliau mendedahkan setiap kemungkaran yang telah dilakukan oleh 3A iaitu Anwar, Azmin , dan Azizah...beliau juga membuat pengakuan besumpah sekiranya kenyataan-kenyataan adalah tidak benar maka dia rela di laknat oleh Allah S.W.T...


"saya lebih rela kehilangan seorang abang kandung daripada melihat 27 juta rakyat Malaysia ditipu oleh Anwar"






Lion yang turut berada di Arena Square Batu gajah merasa begitu kagum dgn keberanian dan semangat juang wanita besi ini..
syabas Ummi Hafilda syabas juga pada penduduk Batu Gajah dan kawasan sekitar yang hadir pada malam itu...

Monday, February 21, 2011

Anak Bagan Datoh: Nurul Izzah & Siti Aishah turun ke Bagan Datoh

Anak Bagan Datoh: Nurul Izzah & Siti Aishah turun ke Bagan Datoh: "Satu jamuan minum petang bersama N. Presiden PKR Nurul Izzah Anwar al- Jubs dan Siti Aishah ketua Serikandi..telah diadakan di perkarangan ..."

Azmin termasuk 7 MP PKR gagal????

Lion mendapat 1 sumber yang Azmin sekarang tengah meroyan kat dalam Malaysia kini menyatakan yang beliau tidak berpuas hati dengan laporan (FMT) Free Malaysia Today yang melaporkan bahawa beliau bersama 6 orang lagi MP PKR telah gagal dalam ujian Indeks Prestasi Utama (KPI) dan mencabar FMT membuktikannya.

"Setakat yang saya ketahui, tidak ada perbincangan mengenai laporan ini. Saya agak terkejut Free Malaysia Today (FMT) menyiarkan laporan yang tidak berasas ini," katanya.

Dalam laporannya hari ini, portal berita itu memetik sumber yang mendakwa Azmin  adalah antara tujuh ahli parlimen PKR yang diklasifikasikan sebagai 'wakil rakyat yang gagal melaksanakan tugas mereka', dalam laporan audit luar, yang disediakan oleh jawatankuasa khas yang diketuai oleh anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Nik Mahmood Nik Hassan.
 

MP lain yang disenaraikan ialah Azan Ismail (Indera Mahkota), Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang), Abdullah Sani (Kuala Langat), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) dan Loh Gwo-Burne ( Kelana Jaya).

Azmin, yang juga MP Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa, mencabar portal berita itu supaya membuktikan kebenaran laporan tersebut.

Bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali juga menyuarakan pandangan yang sama dengan Azmin.


Lion : Pelik-pelik bukankah Azmin kekasih awal dan akhir pak Al-Jubs?? macam mana boleh gagal ujian KPI ni..diorg salah kira kot.... upssss!!! kalau dah tak buat kerja tu mengaku je lah..

Nasihat KP Puteri kepada semua jentera Puteri yang bertugas di Merlimau



JASIN: Ahli Pergerakan Puteri Umno yang terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dinasihatkan berpakaian sopan bagi mengelak ia dijadikan isu pihak lawan.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata, ahlinya perlu menjaga cara pemakaian ketika melakukan tugasan pada pilihan raya kecil itu nanti.

Katanya, ini berikutan pihaknya tidak mahu ia dijadikan peluang pihak lawan sebagai isu menarik perhatian pengundi.
“Kami menjadi mangsa tumpuan pihak lawan ketika pilihan raya kecil lalu termasuk dimarahi dengan kata-kata kesat serta dibaling dengan objek.

“Ada kes ahli Puteri Umno dikasari termasuk dipukul dan sebab itulah kami tidak mahu timbul masalah sepanjang tempoh kempen nanti.

“Justeru, setiap ahli diminta berhati-hati termasuk menjaga tingkah laku dan cara berpakaian untuk memastikan tidak menimbulkan sebarang masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyertai Program Menyusur Akar Kebajikan di DUN Merlimau, di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Pergerakan Puteri negeri, Mas Ermieyati Samsudin.

Dalam program itu, beliau melawat sembilan individu membabitkan pesakit dan warga emas dengan menyampaikan sumbangan.
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan juga menasihatkan ahlinya supaya bergerak secara berkumpulan ketika berkempen dari satu tempat ke tempat lain bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

Katanya, mereka perlu berhati-hati ketika memasuki kubu lawan kerana ada segelintir tidak mengalu-alukan kedatangan Puteri Umno.

“Untuk mengelak sebarang perkara tidak diingini, mereka diingatkan supaya jangan bergerak dalam kumpulan kecil bagi memastikan keselamatan diri.

“Mereka juga perlu menjaga disiplin dengan tidak melakukan perkara tidak diingini ketika berkempen nanti,” katanya yang akan melancarkan Jentera Pergerakan Puteri Umno bagi Pilihanraya Kecil DUN Merlimau pada Rabu ini.



Lion : Selamat berjuang Lion ucapkan kepada semua jentera Puteri sama ada di PRK Merlimau mahupun Kerdau. Kempen, kempen jugak keselamatan dan maruah diri harus dijaga..Almaklumlah, kebiasaannya puteri ni lah yang akan menjadi sasaran pihak lawan kerana menganggap puteri merupakan golongan yang paling lemah...di harap pengalaman rakan-rakan puteri di PRK-PRK yang lepas dapat kita jadikan iktibar agar lebih berhati-hati dalam setiap perbuatan dan tindak tanduk kita sebagai seorang wanita..Walau apa pun Lion pasti Jentera-jentera puteri kita disana tak akan gentar menghadapi musuh...cayalah!!!




Gambar hiasan
Semangat Perjuangan Tak mengenal erti kalah, tak mengenal erti takut... 
Selamat Berjuang!!!!


Wednesday, February 16, 2011

Tuesday, February 15, 2011

PRU 13 - NIZAR CABAR ZAHID HAMIDI DI PARLIMEN BAGAN DATOH


Menurut sumber Lion dapat tahu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri ir. Nizar Jamaludin bakal beralih angin ke Parlimen Bagan Datoh. Untuk rekod, Ahli Parlimen Bagan Datoh sekarang ialah Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan.


Menurut sumber berkenaan, pengundi-pengundi bukan melayu di parlimen Bagan Datoh telah mengundang Nizar untuk bertanding di sana berdasarkan sokongan semasa.




Kerusi Parlimen Bukit Gantang pula mungkin bakal di isi Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad. Idris yang telah beradu nasib sejak PRK DUN Changkat Jering pada tahun 1997 bagaimana pun tidak pernah menang biarpun beliau adalah anak tempatan Bukit Gantang.



Jika Pakatan Rakyat ditakdirkan merampas Parlimen Malaysia dari BN, kemungkinan Nizar akan memegang satu portfolio menteri penuh.


DAP Perak dikatakan akan meletakkan seorang calon melayu di kawasan pasti menang bagi kerusi DUN sebagai usaha bagi memastikan kerusi MB Perak selepas ini adalah dari kalangan Adun DAP.



Ermm setahu Lion MP Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang ni merupakan wakil rakyat yang makan gaji buta. Ini kerana beliau tidak menunjukkan satu kerja pun di kedua-dua kawasan yang diwakilinya. Projek yang berjalan ialah mengadakan ceramah politik dan mengedarkan risalah dibawah.



Nizar sebenarnya tahu rekod perkhidmatannya di Bukit Gantang amat buruk. Dia langsung tidak turun padang untuk melihat pengundinya. Semuanya main remote control dari jauh.

Kegemarannya ialah menghadiri majlis kenduri orang walaupun tidak diundang.
Bila sampai dan lepas makan . 
Sibuk pula minta izin tuan rumah untuk berceramah.


Ni ada hati pulak nak bertanding di Bagan Datoh untuk menentang Zahid Hamidi..pesanan Lion baik dia simpan je la angan2 dia tu untuk menang di Bagan Datoh...Memang kelakar betul la si badut DAP ni...haihhh




Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H







بِســمِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…

آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ Ùˆَ عَÙ„Û“ِ آلِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ 

آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ 

آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ 
آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ 
آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ
آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ 
آللّÙ‡ُÙ…َ صَÙ„ّیۓِ ۈسَÙ„ّÙ…ْ عَÙ„Û“ِ سَÙŠّدنَØ¢ Ù…ُØ­َÙ…ّدْ

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW.
 SALAM MAULIDUL RASUL
12 Rabiulawal 1432 H bersamaan 2011 Masihi



Dengan tema 1 Malaysia, 1 Ummah marilah kita menjadikan baginda Rasullah sebagai 'role model' yang terbaik dalam penyatuan ummah..

Tema pada tahun ini lebih menekankan pentingnya unsur perpaduan ummah untuk membentuk sebuah negara yang maju ..membina 'hablum minanas'
dan menekankan konsep 'wasatiah' (kesederhanaan) yang diterapkan
menuntut kita menjadi umat dan individu yang cemerlang..

Takziah Buat YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi Sekeluarga

2011/02/14

MASJID TANAH: Jenazah Salmah Yahya, ibu mentua Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Empang Batu dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam. 

Allahyarhamah, 74, meninggal dunia di Hospital Tentera Kem Terendak, Sungai Udang kira-kira jam 1.45 pagi semalam akibat kegagalan organ dalaman. 

Ahmad Zahid ketika ditemui berkata, Salmah yang juga seorang pesara polis dimasukkan ke hospital terbabit sejak awal bulan lalu kerana sakit tua dan mengalami masalah di bahagian paru-paru. 


“Saya dan isteri, serta ahli keluarga lain sempat berada di sisi arwah, sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. 

“Bagi saya, arwah seorang ibu mentua yang baik serta berjaya mendidik anak-anaknya sehingga berjaya,” katanya. 

Anak ketiga Salmah, Kamaruzaman Khamis, 52, berkata isteri Ahmad Zahid, Hamidah anak kedua daripada enam beradik kepada Allahyarhamah. 

“Saya mengucapkan terima kasih bagi pihak keluarga kepada semua doktor yang merawat ibu saya termasuk Pegawai Pemerintah Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Brig Jen Datuk Dr Chia Lip Meng. 
“Tidak dilupakan kepada Panglima Tiga Divisyen, Mejar Jen Datuk Razali Ahmad, anggota tentera serta penduduk kampung yang bersama-sama menguruskan jenazah sehingga selamat dikebumikan,” katanya. 

Antara kenamaan yang menziarahi jenazah, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. - Berita Harian




Lion serta rakan-rakan blogger serta kepimpinan UMNO Bahagian Bagan Datoh yang lain ingin mengucapkan takziah buat YB Dato' Seri Zahid hamidi sekeluarga di atas kehilangan bonda mertua tersayang yang diberitakan telah meninggalkan kita semua jam 1.45 pagi semalam di Hospital kem Terendak, Sungai Udang,Melaka...

Semoga roh Allahyarhamah ibu mertua beliau di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan golongan orang yang beriman...amin

Al- Fatihah   

Sunday, February 13, 2011

Kempen Say No To Valentine's day

Click to Enlarge

Hari Valentines diingati sempena memperingati paderi kristian yang bernama PEDRO SAINT VALENTINE, seorang paderi kristian yang berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol yang telah menumpaskan kerajaan Islam Cordova dan sangat aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemeriintahan kerajaan Rom.

Setelah Raja Rom yang mengamalkan agama kuno romawi mengetahui kegiatan valentine menyebarkan agama Kristian, maka beliau memerintahkan Valentine ditangkap dan diseksa da dalam penjara. Namun sepanjang berada di dalam penjara, valentine tetap menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan dan secara sulit bercinta dengan anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau dihukum bunuh pada 14 Februari 269M, tetapi sebelum menjalani hukuman beliau sempat menulis surat cinta dengan menurunkan tanda tangan "From your Valentine".

Sejak peristiwa itu orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk meraikan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka yang sanggup mengorbankan nyawa kerana kepercayaan terhadap agama Kristian.

Jadi wajarkah sebagai orang islam kita menyambut Valentine's Day???

Sabda Rasulullah s.a.w:Sesungguhnya Allah SWT telah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokkan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini?

Lion : Nothing much to say, just wanna share out this poster i just made for this campaign..Sebarkan..Kesimpulannya, pilihan ditangan anda.Allah telah meciptakan kita manusia sebaik-baik kejadian..jadi gunakanlah akal yang dianugerahkan kepada kita sebaik-baiknya...Allahu Akbar!!!

Friday, February 11, 2011

Polis DiMinta Siasat Anwar Rancang ‘Rusuhan Rakyat’





KUALA LUMPUR 11 Feb. – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai merancang melarikan diri ke luar negara dan merancang ‘rusuhan rakyat’ sebagaimana yang berlaku di Thailand dan Mesir, untuk mewujudkan suasana huru hara di Malaysia, seterusnya mengulingkan kerajaan melalui demostrasi jalanan, dakwa Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah.


Tambahnya, pendedahan ini diperolehi daripada seseorang, menerusi dokumen bertarikh 9 Februari 2011 yang bertajuk `Bila Dan Bagaimana Anwar Akan Larikan Diri – Bahagian 1 dan 2 [Akhir]’.

“Maklumat yang saya perolehi ini ada kebenarannya. Sebab itu saya buat laporan polis supaya siasatan segera dapat dibuat. Kami mahu laporan polis ini diberi perhatian yang serius oleh pihak keselamatan. Perbicaraan Anwar akan bersambung pada 14 Februari 2011 tetapi belum ada sebarang tanda-tanda ia dapat diselesaikan.

”Ini berdasarkan tindak-tanduk Anwar yang sering menangguhkan perbicaraan dengan mewujudkan pelbagai alasan. Dia kini bebas ke luar negara khususnya Amerika Syarikat dan Turki di mana diketahui dia mempunyai hubungan yang akrab dengan pemimpin negara tersebut,” ujarnya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi petang tadi.

Ujarnya, ada kemungkinan Anwar akan disabitkan dengan kesalahan meliwat dan dipenjarakan. Sehubungan itu, kemungkinan dia mengatur strategi tertentu untuk melepaskan diri tidak boleh diketepikan.

Antara strategi tersebut sebagaimana yang didedahkan dalam laman blog ‘The Unspinner’ adalah Melarikan diri ke kedutaan asing seperti Kedutaan Turki yang mana sebelum ini dia telah bersembunyi di kedutaan tersebut semasa laporan polis pertama dibuat ke atasnya oleh Mohd Saiful Bukhari iaitu mangsa liwat.

“Tindakan melarikan diri ke luar negara ini, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Thaksin Sinawarta, bekas Perdana Menteri Thailand.

Ketika dalam pelarian, Anwar akan merancang untuk mewujudkan suasana huru-hara dengan membangkitkan kemarahan rakyat menerusi demonstrasi jalanan sepertimana yang berlaku di Thailand. Trend yang sama pernah berlaku sebelum ini seperti perhimpunan Baju Kuning [Bersih] di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat satu ketika dulu,” tambahnya lagi.

Sehubungan dengan itu, Wira Perkasa mendesak pihak Peguam Negara agar memohon kepada mahkamah supaya menahan passport antarabangsa Anwar bagi mengelakkan dia melarikan diri ke luar negara untuk menjadi pemimpin buangan.

“Laporan polis ini juga dibuat bagi menangkis persepsi negatif yang cuba diwujudkan oleh Anwar kepada rakyat jika ada sesuatu perkara buruk berlaku ke atasnya.

Umum mengetahui, sebelum ini Anwar pernah beberapa kali membuat penipuan kepada rakyat dengan mendakwa dia telah diracun dengan arsenik, AIDS dan sakit tulang belakang. Tujuannya adalah untuk meraih simpati kerana sedar tidak dapat lari daripada pertuduhan liwat yang sedang dihadapi,” ujarnya lagi.


Source : Anti PKR Club
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...