Terjemahan Al-Quran

Sunday, November 13, 2011

Thursday, November 10, 2011

Saturday, July 9, 2011

BERSIH 2.0 GAGAL???

Rata-rata pemerhati menyifatkan perancangan BERSIH untuk menimbulkan impak seperti tahun 2007 telah menemui jalan buntu dan berakhir dengan kegagalan.

Dato Ambiga Sreenevasan, pengerusi BERSIH terpaksa mengaku kalah dan tidak berjaya sampai ke Stadium Merdeka sepertimana yang dihajatinya.

Beliau ditahan polis di KL Sentral semasa bersama para penyokongnya berusaha merempuh benteng polis pukul 2.20 petang tadi.

"Ambiga tidak dapat apa-apa hari ini, kecuali kena semburan gas pemedih mata dan ditahan polis", kata pemerhati di KL Sentral

Datuk Seri Anwar Ibrahim pula lebih banyak berkurung di KL Hilton.

Ketika sidang media BERSIH di Hotel KL Hilton 3.30 tadi, Anwar tidak hadir, sebaliknya anaknya, Nurul Izzah Anwar dan peguam setianya, N Surendran hadir memberikan kenyataan.

Manakala PAS pula diwakili Dr Syed Azman mewakili pihak PAS.

Dalam sidang media itu, ketiga-tiga pemimpin itu tidak bercakap berkenaan pilihanraya, sebagaimana matlamat asal penganjurannya, sebaliknya dijadikan medan untuk mengutuk pihak polis kononnya polis bertindak kejam yang menyebabkan kecederaan kepada Anwar Ibrahim.

Mereka turut memperbesar-besarkan cerita Anwar cedera yang kini kata mereka Ketua Umum PKR itu telah dihantar ke Hospital Pantai.

Menurut blog The Unspinners, Anwar tidak cedera seperti mana yang diwar-warkan, tetapi mastermind BERSIH itu berlakon sakit untuk dihantar ke Hospital Pantai.

Ramai yang berpendapat memperbesar-besarkan berita kecederaan Anwar semata-mata untuk menutup kegagalan demo BERSIH.

Ada di kalangan pemerhati bertanya, penyembur air FRU boleh menyebabkan Anwar cedera kah ?

"Anwar tidak ikut berarak seperti dikatakan. Dia lari masuk balik ke hotel Hilton.

"Polis dah tunggu dan tangkap di luar Hilton. Semasa tangkapan itu, Anwar tak cedera tapi dikatakan cedera oleh Spin Master. Yang nampak dalam gambar berikut adalah sedikit semburan pada bodyguard dia.

"Tapi kaki penipu dan auta ni berlakun sakit dan di hantar ke Hospital Pantai pakai Ambulan. Ini mesti nak dapatkan MC untuk lari dari bicara Julai 13hb", lapor The Unspinners. Klik di sini

Sementara itu, peserta-peserta demo BERSIH yang ditahan polis tadi telah di tempatkan di Pusat tahanan sementara yang dipercayai bertempat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.

kesemua mereka yang ditahan diambil keterangan oleh pegawai dan anggota yang bertugas dalam keadaan tenang dan selesa.

Mereka turut disediakan juadah di bawah khemah yang disediakan.


Sumber : AIDC
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TERKINI : TAKTIK ANWAR UNTUK MENYELAMATKAN KELUARGANYA DARIPADA DITANGKAP


Nampaknya Anwar telah merancang segala-galanya sebelum perhimpunan Bersih. Lakonannya tercedera telah berjaya menyelamatkan dirinya dan juga keluarganya daripada ditangkap oleh pihak polis. Macam haram jadah..baru kena sikit bom asap dan teruk sangat...kalau nak publisiti daripada media asing pun jangan la sampai teruk mcm ni...buat malu je orang Malaysia.

Cuba tengok video dibawah ni..agak-agak lah sikit kalau nak tuduh polis buat pun..siapa yang rempuh siapa? Kan polis dah bagi warning jangan berhimpun tapi degil...sekarang siapa yang susah..tengok majoriti orang Cina dan India. 

Mereka semua sedap-sedap duduk di rumah tengok TV..yang bodoh orang Melayu PAS/PKR datang berarak nak bagi kuasa pada DAP...bodoh betul... Lepas ni mamat yang patah kaki ni boleh la minta pingat Datuk daripada Anwar Ibrahim sekiranya dia jadi Perdana Menteri..hahahaha
 
 
 

PEJUANG REVOLUSI 1957: ~ LiVe BERSIH : AnWAR ParaH Masuk IcU ???

PEJUANG REVOLUSI 1957: ~ LiVe BERSIH : AnWAR ParaH Masuk IcU ???: "nazak sangat dh nie terpanas blog RT klik sini"

Bukti SMS LGE Larang Cina Sertai BERSIH Sudah Ditemui - Sebarkan Sahabat2 Sekelian Dengan Segera !!!



 



Baca dan tolong sebarkan demi agama bangsa & negara kita !!!

Friday, July 8, 2011

Media Asing berlumba-lumba burukan Malaysia kerana BERSIH 2.0

Beberapa portal berita dari luar negeri yang melaporkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini. Dan kebanyakan intipati laporannya tidak menyenangkan hati kita sebagai rakyat Malaysia.
 :-






Di antaranya, agak mengecewakan, laporan guardian.co.uk (di bawah) yang menyamakan perhimpunan BERSIH 2.0 dengan bencana berdarah yang berlaku di negara Arab baru-baru ini.



Bagaimana pun, Bussiness Times telah menulis berita yang positif. Mereka melaporkan bahawa pasaran saham Malaysia meningkat minggu ini walau pun negara kecoh dengan isu perhimpunan haram Beersih 2.0. Dalam tempoh 2 minggu ini, pasaran meningkat 1.7% ke tahap yang paling tinggi iaitu 1,591 mata!

Sila baca :-

THE Malaysian stock market has been charting new highs this week, notwithstanding softer economic data and a rising political temperature which has resulted in the arrest of more than 100 people.


In the past two weeks, the market has moved up steadily and gained 1.7 per cent to a new record of 1,591 points.

Although the increase is not large, the benchmark FBM KLCI's general uptrend is all the more surprising given that markets do not like uncertainties and a planned rally scheduled for tomorrow had been expected to spook investors.
Apa pun, hari ini akan menjadi satu lagi sejarah untuk negara Malaysia. Dunia tertumpu kepada negara Asia Tenggara yang bernama Malaysia.


Sejujurnya Lion tidak dapat mengagak apa yang akan berlaku pada hari ini, bermacam-macam perkara yang buruk terlintas difikiran..semoga semuanya hanya diminda semata-mata dan tidak akan menjadi realiti.


Marilah kita sama-sama berdoa Semoga Malaysia akan terus aman dan semoga Allah Selamatkan dan lindungi Malaysia daripada anasir-anasir yang akan menyesatkan dan merosakan..Juga semoga DIA terus melimpahkan kurnianya ke atas bumi Malaysia yang dicintai ini..amin..yarabil alamin


" Untuk Bersatu umat Islam mesti kembali kepada YANG SATU (ALLAH). Hanya disitu kita akan bertemu dengan tujuan dan jalan yang tepat dan jelas ke arah PERPADUAN."-Solusi
Sumber : Blog MiM

Saturday, July 2, 2011

Gempar!!! Dialog peserta Bersih 2.0 dengan polis

Dialog peserta Bersih 2.0 dengan pihak polis di suatu sekatan jalan raya.


S: Saya berasal dari Pulau Pinang dan saya dalam perjalanan untuk ke perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur. Tiba-tiba, saya ditahan di sebuah sekatan polis dan diarahkan untuk berpatah balik ke rumah. Apakah yang patut saya buat?


J: Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan menjamin setiap warganegara bebas untuk bergerak ke mana-mana di dalam Malaysia. Oleh itu, saudara boleh meniru dialog berikut:


Sdra: Saya ingin teruskan perjalanan saya ke Kuala Lumpur.


Polis: Apa tujuan kamu ke sana?


Sdra: Saya ingin melawat kawan/ Saya ingin hadiri kenduri/ Saya ingin shopping (pilih mana-mana jawapan, tetapi jangan nyatakan saudara ingin berdemo)


Polis: Tidak boleh. Saya arahkan kamu berpatah balik.


Sdra: Saya berada di Malaysia dan saya sebagai warganegara bebas ke mana-mana dalam Malaysia. Tuan tiada hak untuk arahkan saya pulang. Jika tuan ingin tahan saya, sila bawa saya ke balai polis.


Polis: Errmm. Ok, saya tahan kamu dan bawa ke balai polis.


Sdra: Sebelum tuan bawa saya ke balai polis, saya mahu dapatkan nama penuh, no. badan dan alamat tempat kerja tuan. Saya juga ingin tahu atas alasan apa saya ditahan. Saya akan arahkan peguam saya untuk saman tuan, pegawai tuan dan Kerajaan Malaysia kerana menahan saya secara salah dan melanggar hak asasi saya.


(sila catatkan nama penuh polis itu, no. badan dan alamatnya dan serahkan kepada peguam Bersih-0163126463/0163126473/014-6451753/012-3928379 untuk proses saman. Sila catat apa-apa alasan yang diberikan untuk menahan saudara. Sila maklumkan ahli keluarga bahawa saudara dibawa ke balai dan sila saudara hubungi peguam atau minta ahli keluarga hubungi peguam. Sila catatkan tarikh, hari dan masa ditahan. Juga, catatkan tempoh anda ditahan). Setelah saudara dibebaskan, saudara perlu segera membuat laporan polis. Saudara boleh guna format berikut untuk laporan polis.


Contoh laporan polis jika saudara ditahan:
Pada ................... hari ............... jam ........... hingga jam ................., saya ditahan oleh anggota polis bernama ................. no. badan ............... (masukkan semua nama pegawai penangkap) di ......................... Pegawai polis tersebut enggan membenarkan saya untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan/tanpa alasan yang munasabah/pegawai tersebut tidak menyatakan sebarang alasan saya ditahan (pilih yang mana berkaitan). Saya buat laporan ini supaya tindakan undang-undang diambil ke atas pegawai terlibat kerana telah melanggar hak asasi saya untuk bergerak bebas.

Kodomo : Perghh!! Siap ajar macam mana nak menghadapi polis lagi...dasyat..dasyat...Lion nak menyeru semua tolonglah jangan sertai perhimpunan Bersih 2.0 ni..takutlah akan azab Allah..mentaati pemimpim samalah dengan mentaati ALLAH..

Antara Hadith2 Larangan menentang kerajaan..


Dari sisi rakyat yang dipimpin, para ulil amri atau pemimpin kaum muslimin mempunyai hak:
Pertama, mendengar dan menaati dalam kebaikan


Hal ini merupakan hak pemimpin sekaligus kewajiban rakyat. Menaati pemimpin merupakan salah satu prinsip Ahlus Sunnah wal Jama'ah yang ditopang oleh dalil-dalil dari al-Qur`an dan sunnah.


1- "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya, dan ulil amri di antara kamu. kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (An-Nisa`: 59).


Ibnu Taimiyah berkata, "Taat kepada Allah dan RasulNya adalah kewajiban atas siapa pun, taat kepada ulil amri juga kewajiban, karena Allah Ta'ala memerintahkan agar mereka ditaati, barangsiapa menaati Allah dan RasulNya dengan menaati ulil amri maka pahalanya dijamin oleh Allah." (Majmu' al-Fatawa 15/16).


2- "Barangsiapa menaatiku maka dia menaati Allah, barangsiapa mendurhakaiku maka dia mendurhakai Allah, barangsiapa menaati pemimpin yang aku tunjuk maka dia telah menaatiku, barangsiapa mendurhakainya maka dia mendurhakaiku." Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. 7137 dan Muslim no. 1853 dari Abu Hurairah.


3- "Seandainya kalian dipimpin oleh seorang budak yang memimpin kalian dengan kitab Allah maka dengarkanlah dan taatilah." Diriwayatkan oleh Muslim no.1838.


4- "Akan muncul sesudahku para pemimpin, mereka tidak mengambil petunjukku, tidak mengikuti sunnahku, di antara mereka akan bangkit kaum laki-laki, hati mereka adalah hati setan dalam jasad manusia." Hudzaefah berkata, "Apa yang aku lakukan ya Rasulullah saw?" Beliau menjawab, "Dengarkan dan taatilah pemimpin, sekalipun punggungmu dicambuk dan hartamu dirampas, dengarkan dan taatilah." Diriwayatkan oleh Muslim 1847/52.


Hadits-hadits dalam bab ini berjumlah besar, siapa yang ingin menambah dengan mudah maka silakan merujuk Shahih Muslim Kitab al-Imarah.


Ibnu Rajab al-Hanbali berkata, "Mendengarkan dan menaati ulil amri kaum muslimin mengandung kebahagiaan di dunia, dengannya kemaslahatan hamba dalam kehidupan bisa terwujud, dengannya kaum muslimin mampu memperlihatkan agama mereka dan menaati Rabb mereka." (Jami'ul Ulum wal Hikam 2/117).


Ibnu Taimiyah berkata, "Banyak hadits yang diriwayatkan dari Rasulullah saw di bidang ini, di mana beliau memerintahkan kaum muslimin untuk menaati ulil amri dalam perkara yang bukan merupakan kemaksiatan, menasiihati mereka, bersabar dalam menerima hukum dan pembagiannya, berjihad bersamanya, shalat di belakangnya dan lain-lainnya, karena mengikuti mereka membawa kebaikan yang tidak terwujud kecuali dengan mereka, karena hal itu termasuk ke dalam bertolong menolong dalam kebaikan dan takwa." (Majmu' al-Fatawa, 35/20).


2- Tidak Memberontak
Imam ath-Thahawi berkata "Kami tidak membolehkan memberontak terhadap para pemimpin kami dan ulil amri kami sekalipun mereka berbuat zhalim, kami tidak berdoa atas mereka, tidak menarik tangan ketaatan, kami yakin menaati mereka merupakan bagian dari menaati Allah dan ia adalah kewajiban selama mereka tidak memerintahkan kepada kemaksiatan, kami mendoakan mereka dengan kebaikan dan keselamata." (Al-Aqidah ath-Thahawiyah hal 22).


Larangn memberontak dan menentang pemimpin ini tertera dalam banyak hadits Rasulullah saw, di antaranya adalah:
1- "Barangsiapa keluar dari ketaatan dan menyempal dari jamaah laludia mati, maka dia mati dengan cara mati jahiliyah." Diriwayatkan oleh Muslim no. 1848 dari Abu Hurairah. Yang dimaksud dengan mati jahiliyah adalah mati di atas sifat jahiliyah di mana mereka hidup tanpa pemimpin, bukan matu sebagai kafir, akan tetapi sebagai pendurhaka.


2- "Barangsiapa mendatangi kalian sementara perkara kalian telah satu di atas seseorang lalu dia hendak membelah tongkat kalian dan memecah belah persatuan kalian maka bunuhlah." Diriwayatkan oleh Muslim no. 1852 dari Arfajah.


3- "Kalian akan dipimpin oleh para pemimpin, kalian mengingkari perbuatan mereka dan mengakui perbuatan mereka, barangsiapa membenci maka dia telah bebas, barangsiapa mengingkari maka dia selamat, akan tetapi barangsiapa rela dan mengikuti." Mereka berkata, "Ya Rasulullah saw, mengapa kita tidak memerangi mereka?" Beliau menjawab, "Tidak, selama mereka shalat." Diriwayatkan oleh Muslim no. 1854 dari Ummu Salamah.


Hah Ibnu Hajar berkata, "Hadits ini mewajibkan taat kepada pemimpin di mana baiat telah diambil untuknya, larangan membangkangnya sekalipun tidak tidak adil dalam hukumnya, tidak boleh membatalkan baiat dengan alasan kefasikan pemimpin." (Fathul Bari 13/71).


Nasihat dengan Hikmah
Dari Tamim ad-Dari bahwa Nabi saw bersabda, "Agama adalah nasihat." Kami bertanya, "Untuk siapa ya Rasulullah saw?" Beliau menjawab, "Untuk Allah, kitabNya, RasulNya, para pemimpin kaum muslimin dan orang umum mereka." Diriwayatkan oleh Muslim no. 55.


Ibnu Rajab berkata, "Adapun nasihat kepada para pemimpin kaum muslimin, maka hal itu diwujudkan dengan menyintai kebaikan, keadilan dan kelurusan mereka, menyintai bersatunya kaum muslimin atas mereka, membenci perpecahan umat atas mereka, menaati mereka dan membenci siapa yang hendak memberontak mereka, mendukung mereka dalam ketaatan kepada Allah." (Jami'ul Ulum wal Hikam 1/222).


Syaikh Ibnu Sa'di berkata, "Adapun nasihat bagi para pemimpin kaum muslimin maka ia dengan meyakini kepemimpinan mereka, mengakui kekuasaan mereka, kewajiban mennati mereka dalam hal-hal yang baik, tidak memberontaha mereka, mendorong masuarakat untuk menaatinya, memegang perintah mereka selama tidak bertentangan dengan perintah Allah, memberikan nasihat kepada mereka sebatas kemampuan, menjelaskan apa yang samar bagi mereka yang mereka butuhkan dalam memimpin rakyat, masing-masing sesuai dengan kemampuannya, mendoakan mereka agar dilimpahi kebaikan dan tauafik, karena kebaikan mereka adalah kebaikan masyarakat, tidak mencaci maki mereka dan menciderai mereka serta membeber aib-aib mereka, karena hal itu mengandung keburukan, mudharat dan kerusakan yang besar." (Ar-Riyadh an-Nadhirah hal. 38-49).


"Ada tiga perkara di mana hati seorang muslim tidak dihinggapi dengki karenanya, mengikhlaskan amal karena Allah, memberi nasihat kepada para pemimpin kaum muslimin dan berpegang teguh bersama jamaah mereka, karena doa mereka meliputi orang-orang yang di belakang mereka." Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah dari Jubair bin Muth'im, al-Albani dalam Shahih at-Targhib wa Tarhib no. 92, berkata, "Shahih lighairi."


Nasihat kepada para pemimpin hendaknya disampaikan secara rahasia antara pemberi nasihat dengan yang bersangkutan, dengan lemah lembut, hikmah dan nasihat yang baik serta cara yang sesuai. Membeber nasihat lebih-lebih kesalahan pemimpin di depan umum bukan merupakan nasihat, akan tetapi mempermalukan dan membuat masyarakat berani menentang dan memberontak.


Iyadh bin Ghanam berkata kepada Hisyam bin Hakim, "Apakah kamu tidak mendengar sabda Rasulullah saw, 'Barangsiapa hendak menasihati penguasa maka jangan menampakkannya secara terbuka, akan tetapi berdua dengannya, bila dia menerima, maka itulah yang diharapkan, bila tidak maka dia telah melaksanakan apa yang mesti dia laksanakan." Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Hakim, dishahihkan oleh al-Albani dalam Zhilal al-Jannah fi Takhrij as-Sunnah 2/521.


Usamah bin Zaid memberikan teladan dalam hal ini, saat orang-orang berkata kepadanya, "Mengapa engkau tidak datang kepada Usman untuk menasihatinya." Maka Usamah menjawab, "Sesungguhnya kalian melihat bahwa aku tidak berbicara kepadanya kecuali aku menyampaikannya kepada kalian, sesungguhnya aku berbicara kepadanya secara rahasia… Dalam riwayat Muslim, "Demi Allah, sesungguhnya aku telah berbicara kepadanya antara diriku dengan dirinya." …tanpa aku membuka sebuah pintu yang aku tidak ingin menjadi orang pertama yang membukanya." Diriwayatkan oleh al-Bukhari no. 3267 dan Muslim no. 2989.
Hafizh Ibnu Hajar berkata, "Dalam hadits terdapat anjuran menghormati para pemimpin, beradab kepada mereka, menyampaikan apa yang diinginkan masyarakat kepada mereka, agar mereka bisa menyikapinya dengan baik, menyampaikan dengan baik di mana maksudnya tercapai tanpa menyakiti siapa pun." (Fathul Bari 13/53).


Imam an-Nawawi berkata, "Yakni mengingkari para umara secara terbuka di depan umum seperti yang terjadi para orang-orang yang membunuh Usman, hadits ini mengadung anjuran adab bersama para umara, bersikap lembut kepada mereka, menasihati mereka secara rahasia." (Syarah Shahih Muslim 18/329).


Syaikh Allamah Ibnu Baz berkata, "Bukan termasuk manhaj salaf membeber aib para pemimpin di depan publik dan menyinggungnya di mimbar-mibar, karena hal itu menyebabkan pemberontakan, membuat mereka tidak didengarkan dan ditaati dalam kebaikan, membawa kepada pembangkangan yang merugikan." (Risalah Huquq qr-Ra'i war Raiyyah hal. 27). Wallahu a'lam.

Friday, July 1, 2011

ISLAM LARANG KERAS PERHIMPUNAN HARAM, SEGERALAH BERTAUBAT

KUALA LUMPUR – Umat Islam yang ingin menyertai perhimpunan haram 9 Julai ini dinasihati segera bertaubat kerana perhimpunan itu ditegah oleh Islam disebabkan ia hanya akan membawa kerosakan, kata ahli akademik Islam.
Dr Fadlan Mohd Othman, Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata bahawa daripada kaca mata Islam, tidak ada sebarang dalil daripada Al-Quran yang membenarkan perhimpunan sebegitu dilakukan.
"Saranan kita kepada orang Islam yang sudah mendengar amaran daripada polis tapi masih lagi berniat nak pergi, batalkan niat berkenaan kerana risikonya untuk membawa kepada kefasadan dan kerosakan adalah besar.
"Mengikut kaedah Feqah, sebarang jalan walaupun niatnya baik tetapi jika ia mempunyai kecenderungan untuk membawa kerosakan, maka jalan itu hendaklah ditutup," katanya.
Fadlan berkata kenyataan Polis Diraja Malaysia bahawa perhimpunan sebegitu akan mendatangkan kemudaratan harus diambil kira.
"Apa yang disebut oleh polis merupakan satu benda yang telah diperhatikan dan kerosakan itu dapat kita lihat dalam demonstrasi haram yang pernah dijalankan sebelum ini," katanya.
Beliau menggesa pihak penganjur dan peserta perhimpunan itu agar turut mengambil kira hak dan keselamatan orang awam yang tidak mahu terlibat.
Ahmad Fauzan Yahaya, Ketua Jabatan Pusat Pengajian Islam, Kolej Islam Antarabangsa, berkata umat Islam yang berniat menyertai perhimpunan itu perlu melakukan timbang tara terlebih dahulu.
Katanya sebagai umat Islam, mereka perlulah melihat sesuatu perkara yang lebih membawa kebaikan, sebaliknya jika keburukan melebihi segala-galanya termasuk bencana yang akan timbul daripada perhimpunan ini, mereka perlu menghindarinya.
"Kalau dilihat daripada segi aspek perhimpunan ini, tak ada permit, berkumpul di jalan raya, provokasi dan memaki hamun, maka kebaikan itu lebih sikit daripada keburukan.
"Kita tak boleh bayangkan macam mana jika ada provokator dalamnya. Dulu sewaktu Bersih 1.0, bayangkan ada golongan Syiah sekali angkat bendera PAS dan gambar pemimpin Syiah Ayatollah Khomeini, sedangkan gerakan Syiah diharamkan di dalam Malaysia," katanya.
Ahmad Fauzan berkata beliau hairan kenapa penganjur perhimpunan yang semakin terang didalangi parti-parti politik mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus.
"Bila mereka menang, mereka kata itulah pertolongan Tuhan, bila kalah mereka tak kata pengajaran dari Tuhan, tidak pula mereka rasa perlu muhasabah diri sendiri kerana mereka harus sedar dalam kerajaan semuanya milik Allah. Allah berhak memberi dan mengambil kuasa daripada dan kepada sesiapa yang Dia mahu," katanya.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia turut menasihati mereka yang ingin menyertai perhimpunan haram itu agar membatalkan niat mereka.
Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata Malaysia yang mempunyai ekonomi teguh sedang menuju ke arah yang lebik baik, jika perkara yang boleh menyekat atau merosakkan negara, maka perhimpunan itu tidak harus diteruskan. – BERNAMA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, May 17, 2011

Insaflah dengan sebenar-benar insaf wahai Bob Lokman

Baru-baru ini telah diadakan satu ceramah Pas yang bertempat di Taman Desa, Pengkalan Pegoh, Lahat, Perak 

Penceramahnya terdiri daripada anak-anak seni yang dikatakan telah menemui Hidayah serta keredhaan Allah SWT dan kembali ke pangkal jalan.

Alhamdulillah kita bersyukur mendengar khabar diatas tetapi yang tak sedap didengarnya apabila pengisian ceramah penuh dengan kemarahan dan hamburan tuduhan keatas pemerintah dan kerajaan dipersalahkan diatas segala benda yang berlaku keatas kehidupan beliau sebelum penghijrahan. Sehinggakan masalah beliau dengan anak pun diletakkan kesalahan atas sistem pembelajaran yang diperkenalkan oleh kerajaan. 

Adakah si Bob Lokman ni belum diajar oleh 'Tuan Guru' beliau tentang Qada dan Qadar Allah???
segala apa yang telah terjadi segalanya adalah ketentuan Allah.
Mengapa perlu dipersalahkan orang sekeliling sedangkan Allah telah memberi akal dan fikiran untuk kita berfikir dengan logik dengan fikiran yang waras.

Kita yang memilih jalan hidup kita, bagaimana kita nak jadi..
kenapa perlu salahkan orang lain..Nauzubillah...

 Kita perlu redha dengan perjalanan yang Allah tentukan untuk kita disamping berusaha untuk mendapatkan hidayah dan keredhaan Illahi - untuk memperbaiki keadaan kita. Bukan nya mengherdek dan mempersalahkan kerajaan dan orang sekeliling kita untuk apa saja yang kita 'rasa' tidak adil buat diri kita... Cari lah keredhaan yang sebenar dan baru naik pentas dan bercerita pengalaman kamu wahai Bob Lokman... naik meloya dengar ceramah kamu...berceramah lah secara ikhlas.. 

marilah kita renung-renungkan sebagai pengajaran bersama

“Siapa yang tidak berterimakasih kepada manusia, bererti tidak berterimakasih kepada Allah” (HR Abu Daud)
wallhualam.....



 

   >> ANAK BAGAN DATOH ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...