Terjemahan Al-Quran

Wednesday, February 9, 2011

200 bekas ahli PKR cawangan Ipoh Barat dan Tambun sertai Gerakan

 

Dengan kemelut dalaman yang hampir tiada kesudahan, sokongan rakyat Perak terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat semakin rapuh apabila 200 bekas ahli parti itu menyertai parti Gerakan hari ini.

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR Ipoh Barat, V Subramaniam, berkata beliau bersama rakan-rakannya sepakat mengambil keputusan untuk  menyertai parti Gerakan kerana ia mewakili pelbagai kaum, bertepatan dengan konsep 1Malaysia.

Katanya, pada 30 Mac tahun lalu, lebih 500 ahli PKR dari cawangan itu keluar daripada parti berkenaan dan selama setahun mereka tidak menyertai mana-mana parti politik walaupun menerima tawaran baik dari parti komponen BN dan juga pembangkang.

“Selepas berbincang dari hati ke hati, saya dan rakan-rakan lain mengambil keputusan menyertai parti Gerakan yang mewakili pelbagai kaum.

“Punca utama mengapa kami mengambil keputusan keluar dari PKR ialah parti itu hanya berlandaskan perjuangan seorang pemimpin sahaja yang mempunyai agenda tersendiri.

“Ahli-ahli di peringkat akar umbi tidak diendahkan dan kronisme juga wujud dalam parti itu yang akan membawa kehancuran kepada rakyat Malaysia jika ia terus diberi sokongan pada pilihanraya umum akan datang,” katanya kepada pemberita di Ipoh.

Terdahulu, Subramaniam menyerahkan borang keahlian menyertai Gerakan kepada Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.

Sehubungan itu, rakyat yang selama ini ditipu dengan janji kosong PKR perlu kembali ke pangkal jalan dengan memilih calon BN pada pilihanraya umum ke – 13 , katanya.
Jelasnya lagi, pada 2008, Pakatan Rakyat menggunakan Makkal Shakti untuk meraih sokongan kaum India dan sebagai ahli

 

PKR ketika itu, mereka turut menghulurkan bantuan bagi menarik lebih ramai rakyat menyokong pembangkang.

“Tetapi akhirnya, Pakatan Rakyat gagal melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat dan selepas dua tahun  menilai kemelut dalaman parti serta janji pilihanraya yang gagal ditunaikan, lebih 500 ahli PKR Ipoh Barat bertindak keluar parti,” katanya.

Beliau turut menafikan menerima sogokan wang daripada BN untuk keluar parti dan kemudiannya menyertai Gerakan kerana mereka mengambil tempoh setahun sebelum berbuat demikian, bukan secara tiba-tiba.

Sementara itu, Ko Youn, berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan 200 bekas ahli PKR itu, sekaligus membuktikan pendekatan parti Gerakan yang mahu mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama semakin diterima rakyat.

Beliau turut mengingatkan pihak pembangkang supaya tidak mencari alasan di atas tindakan ahli mereka keluar parti selain menyalahkan BN atau parti komponennya dalam hal berkenaan.

“Sebagai contoh, 200 bekas ahli PKR ini menyertai Gerakan tanpa unsur paksaan kerana mereka sedar parti itu tidak memperjuangkan nasib rakyat Malaysia.
“Sebaliknya, mereka yakin dengan kepimpinan BN dan ini juga menunjukkan bahawa parti terbabit memiliki rekod perkhidmatan cemerlang dan juga pengalaman dalam mentadbir negara.

“Pada 2008, ramai pengundi India keliru dengan janji kosong yang ditabur pembangkang dan selepas beberapa tahun, barulah mereka sedar bahawa ia hanya untuk meraih undi sahaja,” tegasnya lagi.

Ko Youn yang juga Penasihat Khas Menteri Besar, berkata dalam tempoh tiga lalu, Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berusaha memulihkan imej BN dan parti komponen selain pemimpin juga menggunakan pendekatan turun padang untuk mendekati rakyat.

Ini katanya, dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, sekaligus menambah keyakinan mereka terhadap BN.

 “Saya yakin penyertaan 200 bekas ahli PKR ini akan memperkukuhkan lagi organisasi parti Gerakan dalam usaha berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli perniagaan, G Prabu, 28, berkata, beliau mengambil keputusan keluar PKR kerana kecewa dengan janji kosong yang ditabur oleh pemimpin parti berkenaan.

Katanya, masalah dalaman parti juga memburukkan lagi keadaan dan ia menyebabkan semakin ramai ahli hilang kepercayaan kepada PKR.

“Saya keluar parti pada Mac tahun lalu kerana sudah bosan dengan cakap kosong pemimpin PKR dan akhirnya mengambil keputusan menyertai Gerakan kerana yakin nasib rakyat akan lebih terjamin di bawah pentadbiran BN,” katanya.


Lion : Apa yang Lion perhatikan semakin hari semakin banyak ranting2 dan cabang2 PKR yang patah, mungkinkah PKR juga akan mengalami nasib yang sama seperti parti semangat 46 kerana ahlinya sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua umum pembangkang iaitu anwar ibrahim, di burukkan lagi dengan ribuan ahli PKR akan terus meninggalkan parti untuk mengikuti jejak langkah kepimpinan perhubungan PKR negeri sabah yang menyertai UMNO. 

Ada juga pendapat mengatakan bahawa jangka hayat parti itu juga hanya akan bertahan sehingga hujung tahun ini sahaja. hmmmm..apa pendapat korang???

sumber : perak today

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...