Terjemahan Al-Quran

Saturday, February 5, 2011

Krisis Di Mesir: Anwar tidak layak untuk bercakap pasal keselamatan....



~~Hemm Lion malas nak komen banyak la pasal Anu WAR ni...korang bacalah sendiri pasal artikel yang Lion repost ni..

Dalam satu akhbar pro pembangkang, Pemimpin Anugerah Tuhan Anwar Ibrahim telah menggesa Kerajaan Malaysia supaya segera melakukan usaha membawa pulang rakyat negara ini yang masih berada di Mesir. Anwar dengan tegas mendesak kepimpinan kerajaan Barisan Nasional untuk memberikan keutamaan kepada para pelajar Malaysia disana.
Dengan alasan bahawa Mesir tak lagi selamat akibat dari tunjuk perasaan serta demonstrasi jalanan bagi menggesa Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan, Anwar juga mengkritik kerajaan kerana lambat bertindak berbanding negara-negara lain seperti Indonesia dan juga Singapura.
Apa yang nak ditekankan disini ialah, rupa-rupanya Anwar sedar selama ini bahawa demonstrasi jalanan akan menyebabkan sesebuah negara menjadi tak selamat. Bukankah Anwar juga pernah melakukan perkara yang sama menghuru harakan negara pada Reformasi 1998? Bukankah Anwar juga bertanggungjawab menggugat keselamatan negara pada ketika itu?
Anwar yang gila kuasa dan juga gilakan jawatan Perdana Menteri, sehingga kini masih lagi mengamalkan rusuhan jalanan bagi melaksanakan kepentingan politiknya. Pengikut-pengikut yang taksub kepada pembangkang dimanipulasi sepenuhnya untuk berarak dijalanan serta menimbulkan kekacauan.
Negara menjadi tak tenteram, rakyat juga didalam keadaan tak tenang hasil dari provokasi yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan juga konco-konconya yang mengambil pendekatan berdemonstrasi dijalanan. Jadi, apa hak Anwar untuk bersuara tentang isu keselamatan di Mesir?
Anwar terkenal sebagai bapa demonstrasi jalanan. Ketokohan Anwar mengamalkan politik bangsat tepi jalan ini sudah terserlah sewaktu dia muda lagi. Masih ingatkah tentang “Demonstrasi Baling”? Anwar lah yang menjadi kepala penghasut perarakan yang kononnya bagi membela mangsa kebuluran di Baling.
Anwar masih lagi kepala demonstrasi jalanan pada masa kini. Sikit-sikit nak berdemonstrasi.., siskit-sikit buat perhimpunan haram. Inilah style dan permainan politik Anwar yang tak pernah berubah dari dulu sampailah sekarang.
Oleh itu, Anwar langsung tak layak untuk bercakap tentang soal keselamatan rakyat Malaysia di Mesir. Apa yang berlaku di Mesir tak ubah seperti apa yang dilakukan oeh Anwar ketika dia menggerakkan Reformasi di ibu negara bagi menjatuhkan kerajaan pimpinan Tun Mahathir. Apakah masa itu Anwar berfikir tentang keselamatan rakyat dan juga keselamatan negara?
Untuk bercakap tentang keselamatan negara, Anwar tak ubah seperti orang yang dipenuhi kurap tapi masih mahu menjual ubat kurap. Politik yang diamalkan oleh Anwar selama ini di Malaysia kebanyakannya memperjudikan keselamatan negara.
Bersekongkol dengan Yahudi, memburuk-burukkan imej negara, menyebar berita yang kurang baik pasal Malaysia pada negara-negara luar, dan yang terbaru.., didakwa berkerjasama dengan pengganas… Ini semua tindakan-tindakan Anwar untuk menggugat keselamatan negara dan juga penduduk Malaysia.
Jadi, sekali lagi ditekankan…, apa hak Anwar untuk bercakap mengenai keselamatan rakyat dan negara? Sebagai seorang yang dikenali menjadi pengkhianat bangsanya sendiri, Anwar patut tutup mulut dan duduk diam-diam sahaja. Sepatah perkataan yang keluar dari mulut manusia durjana ini, ia seumpama bau bangkai yang menyeksakan hidup orang sekeliling!!

sumber : MyMKU.net

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...