Menurut sumber Lion dapat tahu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri ir. Nizar Jamaludin bakal beralih angin ke Parlimen Bagan Datoh. Untuk rekod, Ahli Parlimen Bagan Datoh sekarang ialah Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan.
Menurut sumber berkenaan, pengundi-pengundi bukan melayu di parlimen Bagan Datoh telah mengundang Nizar untuk bertanding di sana berdasarkan sokongan semasa.
Kerusi Parlimen Bukit Gantang pula mungkin bakal di isi Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad. Idris yang telah beradu nasib sejak PRK DUN Changkat Jering pada tahun 1997 bagaimana pun tidak pernah menang biarpun beliau adalah anak tempatan Bukit Gantang.
Jika Pakatan Rakyat ditakdirkan merampas Parlimen Malaysia dari BN, kemungkinan Nizar akan memegang satu portfolio menteri penuh.
DAP Perak dikatakan akan meletakkan seorang calon melayu di kawasan pasti menang bagi kerusi DUN sebagai usaha bagi memastikan kerusi MB Perak selepas ini adalah dari kalangan Adun DAP.
Ermm setahu Lion MP Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang ni merupakan wakil rakyat yang makan gaji buta. Ini kerana beliau tidak menunjukkan satu kerja pun di kedua-dua kawasan yang diwakilinya. Projek yang berjalan ialah mengadakan ceramah politik dan mengedarkan risalah dibawah.
Nizar sebenarnya tahu rekod perkhidmatannya di Bukit Gantang amat buruk. Dia langsung tidak turun padang untuk melihat pengundinya. Semuanya main remote control dari jauh.
Kegemarannya ialah menghadiri majlis kenduri orang walaupun tidak diundang.
Bila sampai dan lepas makan .
Sibuk pula minta izin tuan rumah untuk berceramah.
Ni ada hati pulak nak bertanding di Bagan Datoh untuk menentang Zahid Hamidi..pesanan Lion baik dia simpan je la angan2 dia tu untuk menang di Bagan Datoh...Memang kelakar betul la si badut DAP ni...haihhh
Ni ada hati pulak nak bertanding di Bagan Datoh untuk menentang Zahid Hamidi..pesanan Lion baik dia simpan je la angan2 dia tu untuk menang di Bagan Datoh...Memang kelakar betul la si badut DAP ni...haihhh
sumber :Malaysia United & Taiping Mali
No comments:
Post a Comment