Dato Ambiga Sreenevasan, pengerusi BERSIH terpaksa mengaku kalah dan tidak berjaya sampai ke Stadium Merdeka sepertimana yang dihajatinya.
Beliau ditahan polis di KL Sentral semasa bersama para penyokongnya berusaha merempuh benteng polis pukul 2.20 petang tadi.
"Ambiga tidak dapat apa-apa hari ini, kecuali kena semburan gas pemedih mata dan ditahan polis", kata pemerhati di KL Sentral
Datuk Seri Anwar Ibrahim pula lebih banyak berkurung di KL Hilton.
Ketika sidang media BERSIH di Hotel KL Hilton 3.30 tadi, Anwar tidak hadir, sebaliknya anaknya, Nurul Izzah Anwar dan peguam setianya, N Surendran hadir memberikan kenyataan.
Manakala PAS pula diwakili Dr Syed Azman mewakili pihak PAS.
Dalam sidang media itu, ketiga-tiga pemimpin itu tidak bercakap berkenaan pilihanraya, sebagaimana matlamat asal penganjurannya, sebaliknya dijadikan medan untuk mengutuk pihak polis kononnya polis bertindak kejam yang menyebabkan kecederaan kepada Anwar Ibrahim.
Mereka turut memperbesar-besarkan cerita Anwar cedera yang kini kata mereka Ketua Umum PKR itu telah dihantar ke Hospital Pantai.
Menurut blog The Unspinners, Anwar tidak cedera seperti mana yang diwar-warkan, tetapi mastermind BERSIH itu berlakon sakit untuk dihantar ke Hospital Pantai.
Ramai yang berpendapat memperbesar-besarkan berita kecederaan Anwar semata-mata untuk menutup kegagalan demo BERSIH.
Ada di kalangan pemerhati bertanya, penyembur air FRU boleh menyebabkan Anwar cedera kah ?
"Anwar tidak ikut berarak seperti dikatakan. Dia lari masuk balik ke hotel Hilton.
"Polis dah tunggu dan tangkap di luar Hilton. Semasa tangkapan itu, Anwar tak cedera tapi dikatakan cedera oleh Spin Master. Yang nampak dalam gambar berikut adalah sedikit semburan pada bodyguard dia.
"Tapi kaki penipu dan auta ni berlakun sakit dan di hantar ke Hospital Pantai pakai Ambulan. Ini mesti nak dapatkan MC untuk lari dari bicara Julai 13hb", lapor The Unspinners. Klik di sini
Sementara itu, peserta-peserta demo BERSIH yang ditahan polis tadi telah di tempatkan di Pusat tahanan sementara yang dipercayai bertempat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.
kesemua mereka yang ditahan diambil keterangan oleh pegawai dan anggota yang bertugas dalam keadaan tenang dan selesa.
Mereka turut disediakan juadah di bawah khemah yang disediakan.

Sumber : AIDC
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
salam, blog ini sudah dipaut
ReplyDelete