Terjemahan Al-Quran

Sunday, April 17, 2011

Analisis SPR Bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10



Berikut adalah analisis mengenai jumlah kerusi dan undi yang diperoleh oleh parti serta
calon yang bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 yang diumumkan oleh
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
BN memenangi 55 kerusi dengan jumlah keseluruhan 372,379 undi.
DAP memenangi 12 kerusi dengan jumlah keseluruhan 134,847 undi.
Parti Keadilan Rakyat memenangi tiga kerusi dengan jumlah keseluruhan 117,100 undi.
Bebas memenangi satu kerusi dengan 41 calon yang bertanding atas tiket Bebas mendapat
jumlah keseluruhan 20,064 undi.
Sementara itu, tiga parti tidak memenangi sebarang kerusi namun jumlah keseluruhan undi
 yang dikumpul ialah SNAP 15,663 undi, PAS (9,719 undi) dan Parti Cinta Malaysia
 (2,895 undi).
Keputusan terakhir diterima ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus pada
11 malam.
Jumlah bilangan keluar mengundi 682,854 orang.
Peratus keluar mengundi 70 peratus.
Jumlah undi ditolak sebanyak 8,224 undi.
DUN mendapat undi majoriti tinggi ialah Bukit Assek iaitu 8,827 undi.
DUN mendapat undi majoriti paling rendah ialah Senadin iaitu 58 undi.
Jumlah calon yang hilang deposit kerana gagal mendapat satu per lapan daripada jumlah
undi keseluruhan ialah 71 calon.
– BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...