Terjemahan Al-Quran

Friday, February 11, 2011

14 FEBRUARI : ANWAR RANCANG INSIDEN ?




Maklumat terbaru yang diaplikasikan dalam pelbagai bentuk dan versi, 
anwar khabarnya sudah merancang insiden sempena 14 Febuari ini 

bukan insiden sembarangan insiden.

Bacaan lanjut Klik Sini

Resolution on Egypt Crisis

"Today belongs to the people of Egypt, who have made it clear that nothing less than genuine democracy will carry the day" - Barack Obama on his Tweet this morning commenting on resignation of Hosni Mubarak as a Egypt President

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 10, 2011

Mubarak dijangka berundur, pengumuman pukul 4 pagi ini

KAHERAH 11 Feb. – Presiden Hosni Mubarak akan berucap menerusi televisyen kebangsaan negara itu hari ini dan dijangka akan mengumumkan pengundurannya.

Ucapan tersebut dikatakan akan berlangsung pada pukul 10 malam waktu tempatan (4 pagi waktu Malaysia), kata jurucakap kerajaan.

"Ucapannya dijadual akan bermula pada pukul 10 malam ini (waktu tempatan)," kata Magdi Radi.

Televisyen negara itu sebelum ini menyiarkan perbincangan antara Mubarak dengan Timbalan Presiden, Omar Suleiman serta Perdana Menteri, Ahmed Shafiq di kediaman presiden di
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Penindasan melampau DAP terhadap peniaga Melayu di Pulau Pinang.



Apa akan jadi terhadap nasib penduduk Melayu di Pulau Pinang?? Perkara ini lah yang sering terlintas di fikiran Lion kebelakangan ini.

Melihatkan nasib peniaga2 Melayu yang jelas menunjukkan kerajaan DAP Pulau Pinang perintahan Khalifah Lim Guan Eng mengamalkan 'Double standard'. 

Klik untuk gambar yang lebih jelas -Gambar ihsan blog MiM 

Lihat sahajalah perbezaan gambar diatas,

1. Beginilah nasib peniaga2 Melayu di Pulau Pinang yang gerai mereka dirobohkan tanpa belas sedangkan notis merobohkan gerai diberikan tempoh sebulan, tapi sebaliknya tak sampai seminggu ia dilaksanakan? Inikah kepimpinan pentadbiran yang cekap, adil , dan Telus yang dilaksanakan oleh Pemerintahan Khalifah Lim Guan Eng????

2. Gerai-gerai peniaga Cina ini kelihatan menghalang lalu lintas, tetapi tiada tindakan undang-undang yang diambil..Adilkahh, teluskahh???   

Apa kata kepimpinan PAS mengenai perkara ni??? 

Benarkah Pas Tolak Hudud unutk DAP???





Lion terbaca 1 artikel menarik tentang Kronologi Proses Permohonan Kelantan Untuk Laksanakan Hukum Hudud (sejak tahun 1993) di blog sahabat Lion

untuk bacaan penuh kronologi Klik Sini



Wednesday, February 9, 2011

200 bekas ahli PKR cawangan Ipoh Barat dan Tambun sertai Gerakan

 

Dengan kemelut dalaman yang hampir tiada kesudahan, sokongan rakyat Perak terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat semakin rapuh apabila 200 bekas ahli parti itu menyertai parti Gerakan hari ini.

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR Ipoh Barat, V Subramaniam, berkata beliau bersama rakan-rakannya sepakat mengambil keputusan untuk  menyertai parti Gerakan kerana ia mewakili pelbagai kaum, bertepatan dengan konsep 1Malaysia.

Katanya, pada 30 Mac tahun lalu, lebih 500 ahli PKR dari cawangan itu keluar daripada parti berkenaan dan selama setahun mereka tidak menyertai mana-mana parti politik walaupun menerima tawaran baik dari parti komponen BN dan juga pembangkang.

“Selepas berbincang dari hati ke hati, saya dan rakan-rakan lain mengambil keputusan menyertai parti Gerakan yang mewakili pelbagai kaum.

“Punca utama mengapa kami mengambil keputusan keluar dari PKR ialah parti itu hanya berlandaskan perjuangan seorang pemimpin sahaja yang mempunyai agenda tersendiri.

“Ahli-ahli di peringkat akar umbi tidak diendahkan dan kronisme juga wujud dalam parti itu yang akan membawa kehancuran kepada rakyat Malaysia jika ia terus diberi sokongan pada pilihanraya umum akan datang,” katanya kepada pemberita di Ipoh.

Terdahulu, Subramaniam menyerahkan borang keahlian menyertai Gerakan kepada Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.

Sehubungan itu, rakyat yang selama ini ditipu dengan janji kosong PKR perlu kembali ke pangkal jalan dengan memilih calon BN pada pilihanraya umum ke – 13 , katanya.
Jelasnya lagi, pada 2008, Pakatan Rakyat menggunakan Makkal Shakti untuk meraih sokongan kaum India dan sebagai ahli

 

PKR ketika itu, mereka turut menghulurkan bantuan bagi menarik lebih ramai rakyat menyokong pembangkang.

“Tetapi akhirnya, Pakatan Rakyat gagal melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat dan selepas dua tahun  menilai kemelut dalaman parti serta janji pilihanraya yang gagal ditunaikan, lebih 500 ahli PKR Ipoh Barat bertindak keluar parti,” katanya.

Beliau turut menafikan menerima sogokan wang daripada BN untuk keluar parti dan kemudiannya menyertai Gerakan kerana mereka mengambil tempoh setahun sebelum berbuat demikian, bukan secara tiba-tiba.

Sementara itu, Ko Youn, berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan 200 bekas ahli PKR itu, sekaligus membuktikan pendekatan parti Gerakan yang mahu mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama semakin diterima rakyat.

Beliau turut mengingatkan pihak pembangkang supaya tidak mencari alasan di atas tindakan ahli mereka keluar parti selain menyalahkan BN atau parti komponennya dalam hal berkenaan.

“Sebagai contoh, 200 bekas ahli PKR ini menyertai Gerakan tanpa unsur paksaan kerana mereka sedar parti itu tidak memperjuangkan nasib rakyat Malaysia.
“Sebaliknya, mereka yakin dengan kepimpinan BN dan ini juga menunjukkan bahawa parti terbabit memiliki rekod perkhidmatan cemerlang dan juga pengalaman dalam mentadbir negara.

“Pada 2008, ramai pengundi India keliru dengan janji kosong yang ditabur pembangkang dan selepas beberapa tahun, barulah mereka sedar bahawa ia hanya untuk meraih undi sahaja,” tegasnya lagi.

Ko Youn yang juga Penasihat Khas Menteri Besar, berkata dalam tempoh tiga lalu, Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berusaha memulihkan imej BN dan parti komponen selain pemimpin juga menggunakan pendekatan turun padang untuk mendekati rakyat.

Ini katanya, dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, sekaligus menambah keyakinan mereka terhadap BN.

 “Saya yakin penyertaan 200 bekas ahli PKR ini akan memperkukuhkan lagi organisasi parti Gerakan dalam usaha berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli perniagaan, G Prabu, 28, berkata, beliau mengambil keputusan keluar PKR kerana kecewa dengan janji kosong yang ditabur oleh pemimpin parti berkenaan.

Katanya, masalah dalaman parti juga memburukkan lagi keadaan dan ia menyebabkan semakin ramai ahli hilang kepercayaan kepada PKR.

“Saya keluar parti pada Mac tahun lalu kerana sudah bosan dengan cakap kosong pemimpin PKR dan akhirnya mengambil keputusan menyertai Gerakan kerana yakin nasib rakyat akan lebih terjamin di bawah pentadbiran BN,” katanya.


Lion : Apa yang Lion perhatikan semakin hari semakin banyak ranting2 dan cabang2 PKR yang patah, mungkinkah PKR juga akan mengalami nasib yang sama seperti parti semangat 46 kerana ahlinya sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua umum pembangkang iaitu anwar ibrahim, di burukkan lagi dengan ribuan ahli PKR akan terus meninggalkan parti untuk mengikuti jejak langkah kepimpinan perhubungan PKR negeri sabah yang menyertai UMNO. 

Ada juga pendapat mengatakan bahawa jangka hayat parti itu juga hanya akan bertahan sehingga hujung tahun ini sahaja. hmmmm..apa pendapat korang???

sumber : perak today

Tuesday, February 8, 2011

Pengumuman PENTING dari Suruhanjaya Pilihanraya SPR:-

Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Keempat 2010 akan dipamerkan mulai esok, 9 Februari hingga 15 Februari di 1,006 tempat di seluruh negara. Amat penting bagi kita sahkan status kita sebagai pengundi, terutama bagi yang baru pertama kali akan mengundi. BUATLAH PILIHAN BIJAK. RUJUK REKOD KHIDMAT BN SELAMA MEMERINTAH SEJAK MERDEKA. Salam 1Malaysia, EA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, February 7, 2011

PAS dipercayai tidak mahu bersaing di DUN Merlimau

KUALA LUMPUR, 7 Feb — Barisan Nasional (BN) yang menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dilihat kemungkinan boleh mengekalkannya tanpa cabaran jika Pakatan Rakyat khususnya PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon mereka kali ini.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Merlimau akan berlangsung 6 Mac ini.

Lion difahamkan beberapa pemimpin kanan PAS sedang melobi untuk tidak menurunkan calon mereka di kubu kuat BN itu.

“Kita perlu memilih pertarungan, kita tidak boleh bertanding hanya kerana adanya kekosongan. Kosnya tinggi dan ini masa untuk kita memfokus pada pilihan raya umum,” kata seorang anggota biro politik PAS yang tidak mahu namanya didedahkan.

Daripada 14 pilihan raya kecil sejak 2008, PAS bertanding tujuh kali dan menang empat.

Kali terakhir PAS memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil ialah Januari 2007, yang diadakan ekoran kekosongan kerusi DUN Batu Talam di Pahang.

PAS menggariskan kelemahan proses pilihan raya sebagai alasan memulau pilihan raya kecil ketika itu.

“Kecuali beberapa pemimpin yang ghairah mahu mengadakan bilik gerakan di Merlimau, kebanyakan kami di peringkat nasional tidak cenderung untuk bertanding,” kata sumber itu.

Pemimpin jawatankuasa kerja PAS pusat itu berkata halangan dihadapi hanyalah hasrat kepimpimpinan parti peringkat negeri dan kawasan Jasin.

Perkara itu dijangka dibincangkan pada mesyuarat Pakatan Rakyat petang ini.

Biro politik PAS akan mengadakan mesyuarat mereka malam ini.
 isu tersebut akan disentuh dalam kedua-dua mesyuarat itu.

Dipercayai Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil Merlimau menyokong idea itu.

Seorang lagi pemimpin PAS berkata parti itu perlu membuat keputusan itu sebelum memujuk rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat mengambil langkah yang sama

Saturday, February 5, 2011

Krisis di Mesir :Lagi Pengalaman ngeri rakan-rakan wartawan dan Sukarelawan di Mesir


Wartawan Agendadaily Helme Hanafi, (kanan) bersama pemandu van serta sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia Mohd Nazmi Rosli (tengah), berdiri depan van yang membawa mereka ketika berdepan pengalaman ngeri Jumaat malam. Bersama mereka adalah pemandu van, remaja Arab, Mamdouh Adel yang jadi penyelamat . 


cerita lanjut klik sini 

Krisis di Mesir :Rayuan kepada rakyat Malaysia


Assalammualaikum...

Lion dan juga blogger2 yang lain mendapat amanat dari blogger sukarelawan Blogmaster Medan Info Kita yang kini berada di Cairo untuk menyampaikan pesanan beliau kepada rakyat2 di Malaysia terutamanya PUAK-PUAK  PENYOKONG FANATIK BERANI MATI PAS supaya menghentikan demonstrasi jalanan murahan..apa faedahnya demo yang anda semua buat didepan Pejabat Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur..??

Kerajaan Malaysia sedang bertungkus lumus untuk membawa keluar pelajar pelajar kita di Mesir. Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia bersengkang mata tidak tidur dan cukup rehat menjadi penghuni dibawah khemah menunggu dipintu masuk International Departure Cairo International Airport. Ada sekumpulan Sukarelawan lagi, sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk proses menghantar bekalan makanan dan memastikan anak anak kita dibawa ke Cairo International Airport.

Keadaan yang semakin meruncing disini sekaligus membuatkan jalanraya sentiasa sibuk kerana tempoh had waktu sangat singkat masing masing mengejar masa bagi mengelakkan terperangkap dalam Perintah Berkurung [CURFEW].

Begitulah risiko yang diambil oleh sahabat sahabat kami. Oleh itu pihak berkuasa disini seperti memberikan kelonggaran kepada mereka yang melaksanakan tugas tugas "humanitarian services", malah pihak Kedutaan Besar Malaysia disini pun mohon immunity diberikan....

Baghalnya juak juak murahan PAS yang membuat demo seperti mahu masuk campur konflik negara Mesir, berdemo tanpa sebab kukuh mahu Hosni Mubarak letak jawatan..! Apa untungnya pada rakyat Malaysia..??

Tidakkah tindakan bebal ini akan menyusahkan kerja kerja mereka disana..?? Sekiranya pihak kerajaan Mesir tersinggung dengan tindakan juak-juak PAS yang berdemo ini, tidak mustahil mereka yang bertugas disana akan menjadi mangsa..????

Foto ini rakan Blogmaster Medan Info Kita rakam pagi tadi dari jendela tempat penginapan kami disini. Pasukan Tentera yang menggunakan kereta perisai mereka standby 24 hours dan akan menutup jalan sebaik sahaja jam 7 malam iaitu waktu Perintah Berkurung - CURFEW.

Apa akan jadi kepada mereka sekiranya rakyat Malaysia juga menjadi sasaran pihak berkuasa Mesir..? Tolonglah weh!!!!!

Malam tadi juga blogger Blogger 
Blogmaster Medan Info Kita dan rakan2 lalui pengalaman pahit yang mengerikan..., sila klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...